akmy berkata...
Inilah akibatnya perkara sensitif kepada agama dan kaum, sentiasa dimainkan oleh pembangkang bagi melemahkan Institusi Melayu dan agama Islam. Perasaan membekam sekarang sampai ke peringkat akan meletus serta meletup.
Mereka juga diperingatkan secara baik supaya jangan mengungkit perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan seperti hak keistimewaan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam.
Tetapi dari masa ke semasa, ada sahaja perkara yang dilarang itu disentuh oleh pembangkang, terutama melalui akhbar cina (boleh dikata secara harian yang orang melayu tak tahu pun).
Bermula dengan PRU 12 , DAP berkempen membenci umno (yang secara langsung membenci melayu kerana umno lah yang meletakkan Raja-raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan agama Islam terpahat kukuh dalam perlembagaan Malaysia.
DAP berterusan menyakiti sensitiviti kaum bila mengarahkan memboikot majlis angkat sumpah MB perak (pilihan Sultan). Kemudian kedengaran Karpal Singh hendak menyaman Sultan Perak. Kemudian pemberian tanah secara pajakan 999 tahun kepada penduduk Cina kampung-kampung baru dan sekolah-sekolah Cina.
Wakil rakyat Cina Dap semakin galak membaca Quran dan Hadis (sedangkan mereka sendiri tidak percaya) dan tidak beriman.
Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng galak mencampuri majlis mengenai Islam yang ibarat menyamak najis dengan guna najis.
Dasar Ekonomi Baru yang hanya memberi hak ekonomi 30 peratus kepada orang Melayu, pun hendak dihapuskan. Terkini, MCA juga turut mendesak hak itu dikurangkan sedikit demi sedikit. Apakah erti dan tujuan semua ini dilakukan??
Maknanya mereka sendiri telah mengungkit persetujuan dalam perlembagaan iaitu persetujuan memberi kerakyatan kepada pendatang Cina dan India yang dibawa British sebagai pekerja ( coolie) lombong dan ladang.
Sebagai tukaran atau persefahaman, semua pihak bersetuju agar dipelihara dan tidak boleh disentuh perkara mengenai hak keistimewaan orang Melayu, Raja-raja melayu dan agama Islam.
Walau pun contoh 13 mei 1969 kerapkali dijadikan contoh dan amaran, tetapi tetap tidak diendahkan. Sebaliknya apabila orang-orang melayu bersuara sedikit, sudah pun dianggap racist atau perkauman sedangkan perkara teras dalam perlembagaan mengenai hak melayu, diusik sewenang-wenangnya oleh pembangkang.
Dan sedihnya, Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno sendiri tidak lagi dapat melihat semangat yang ada pada Pengetua STARP Kulai Johor. Apa lagi yang Khairi hendak berbincang dengan MCA yang sedang mendesak hak Melayu diberikan kepada Cina.
Ingatlah, nasib baik pengetua itu bercakap berterus terang, seperti Ketua Umno Bukit Bendera seketika dulu. Apa kata orang-orang Melayu juga turut merancang secara diam (seperti yang dibuat oleh orang-orang cina).
Siapakah yang begitu kurang ajar berani mengatakan puasa pengetua itu terbatal? Apa kata kalau perbuatan pengetua itu kerana membela bangsa, agama dan negara, sudah tentu akan mendapat pahala besar.
Inilah yang dikatakan Islam telah dipermainkan hinggakan hak Allah mengenai dosa pahala, dengan mudah diketahui oleh Pas, Pkr dan Dap.
Puncak penghinaan Islam oleh Dap bila boleh membuatkan orang Islam/Pas berdoa kebaikan kepada pemimpin kafir harbi Dap, sedangkan pemimpin melayu Islam didoakan ditimpa keburukan. Maka sesatlah orang-orang Islam kerana mengambil kafir harbi sebagai pemimpin hal ehwal Islam.
2010 Ogos 21 18:33