Selasa, 10 Ogos 2010

PAS KEDAH BAKAL LINGKUP

kebun getah
Dulu cakap Umno penuh pembohongan dan penipu. Slogan Kedah Maju 2010 adalah kosong belaka. Akhirnya Pas berjaya menawan Kedah dengan politik taraf cap ayam.

Politik Pas setaraf politik Colgate, politik Kodak , politk Lux. Makna apa juga kata Pas semuanya betul. sama macam orang kampung pergi kedai beli colgate cap Darki, beli Lux cap burung, beli Kodak cap Fuji.  Beli rokok sekerit cap tembak.  Semua sama.

Untuk menang pilihanraya Pas menuduh Umno menjual tanah rezab melayu. Tanah rizab hilang berjuta ekar angkara Umno. Memang lah betul tetapi tanah tu menjadi tanah Felda, Felcra dan sebagainya untuk menampung keperluan rakyat yang semakin bertambah.

Yang beranak banyak pun orang Pas juga. Oleh sebab tu keperluan tanah menjadi penting. Pas Kedah pula punya lah loqlaq setaraf dengan Mat Put. Sekarang orang Kedah sudah muak dengan kemunafikan Pas. Cakap lain, buat lain "cakap tarak selupa bikin".

Untuk menang pilihanraya Pas berjanji kepada peneroka-peneroka haram Siam untuk memberikan geran kalau mereka membantu Pas untuk menjadi kerajaan. Janji mesti ditetapi, jika tidak munafik. Pas pun tak sangka depa akan menang dalam pilihan raya lalu.

Bila menang, penduduk Siam di Hulu Kedah yang meneroka tanah untuk projek Sawit dan Getah telah menuntut janji mereka. Bukan sikit Dr Azizan bagi, tetapi beribu-ribu  ekar.

Tanah teroka yang mereka usahakan untuk tanam getah dan kelapa sawit memang cantik, bersih dan tersusun kemas, kalau kita masuk  ke tanah mereka memang kita yakin bahawa tanah tersebut memang sudah bergeran. bersih kalau ular lalu pun kita nampak. Ia amat berbeza dengan tanah milik orang Melayu, kalau harimau menyorok pun tak nampak.

Rupa-rupanya tembelang mereka terdedah apabila Pas memberi geran, baru lah tahu bahawa selama ini tanah tersebut adalah tanah teroka secara haram. Ini bukan berlaku di Kedah tetapi juga di Hulu Perak. Nizar juga melakukan memberi mereka geran setelah Nizar menjadi Menteri Besar Perak selama 11 bulan.

Hari ini rata-rata pengundi atas pagar dan penyokong Pas sudah bersiap sedia untuk melupuskan label Pas kedalam tong sampah.