Hakim Mahkamah Tinggi, berkata, kuasa mahkamah memanggil dan memeriksa individu mengikut Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah adalah tidak relevan atau terpakai dalam permohonan bagi membatalkan pertuduhan liwat itu.
Anwar, memohon mahkamah membatalkan pertuduhan liwat ke atasnya dengan alasan integriti dan prinsip kesaksamaan pihak pendakwaan sudah terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit (fitnah rekaan RPK)
Karpal dalam permohonan keduanya mencabar kredibiliti Mohamad Hanafiah yang didakwanya berkahwin dengan isteri kedua di Thailand dan dalam masih proses mengesahkan perkahwinan itu. Bagaimanapun, mahkamah sekali lagi menolak permohonan itu atas alasan ia tidak relevan dengan prosiding kes itu.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya membantah permohonan pertuduhan liwat digugurkan dan mendakwa Farah Azlina sudah dikeluarkan daripada pasukan pendakwaan sejak isu itu diperkatakan.
“Farah Azlina hanya berperanan mengambil nota prosiding dan keterangan saksi. Dia tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan serta dokumen lain seperti didakwa pihak pembelaan."
“Saya menegaskan bahawa Mohd Saiful tidak pernah diberi taklimat berhubung kenyataannya mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah atau apa-apa perkara lain.
“Saya juga menegaskan dia tidak pernah dimaklumkan mengenai taklimat atau strategi diambil pasukan pendakwaan sama ada oleh mana-mana ahli pasukan pendakwaan atau oleh Farah Azlina sendiri,” katanya.
Anwar mendakwa Saiful mempunyai akses kepada kertas siasatan yang diklasifikasikan terhad dan sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi.