Memang Biadap |
Banner yang mencetuskan kemarahan rakyat Johor
Ketua Polis Johor, berkata, keterangan kesemua individu itu diambil sejurus polis menerima sembilan aduan daripada beberapa pihak mengenai perkara itu.
"Ketua Polis Daerah Batu Pahat dan pasukan Cawangan Khas kini ditugaskan untuk menyiasat aduantersebut
Siasatan mengenai perkara itu dibuat mengikut Akta Hasutan dan beliau menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu supaya tampil membantu siasatan polis.
Semalam, Sultan Ibrahim ketika bertitah pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor Bermotosikal 2010 di Kota TInggi, melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu.
Dalam titah baginda, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan tindakan itu yang disifatkan sebagai boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.