Krisis Istana Kelantan ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya belum, Peguam-peguam bagi pihak Bekas Sultan akan bawa kes ke Mahkamah Khas. seperi dalam akhbar hari ini. Dua putra bekas Sultan berkrisis dan melibatkan UTK Polis.
PUTRAJAYA: Mahkamah Khas akan mendengar pada 21 Oktober permohonan habeas corpus untuk meminta pembebasan bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang ketika itu dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada Mei.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Tuanku Ismail Petra berkata tarikh itu yang ditetapkan pendaftar Mahkamah Khas, Harmi Thamri Mohamad dalam kamar apabila kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes semalam.
Beliau juga menetapkan 14 Oktober untuk pengurusan lanjutan kes itu bagi memastikan semua dokumen dan afidavit berkaitan difailkan pihak berkenaan.
Pihak-pihak dalam kes ini menemui Harmi Thamri dalam kamar. Sepasukan peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra termasuk Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan Datuk Mohd Haaziq Pillay, sementara peguam Adam Abdullah mewakili dua daripada lima responden itu, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah HUSM.
Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said mewakili tiga responden lain yang dinamakan dalam writ, Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Writ itu difailkan pada 7 Mei untuk mendapatkan pembebasan Tuanku Ismail Petra dari HUSM dan bagi membenarkan baginda mendapatkan rawatan perubatan mengikut pilihannya.
Permohonan itu menamakan Tuanku Ismail Petra sebagai plaintif dan disokong satu afidavit putera ketiga bekas Sultan itu, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Untuk maklumat lengkap lawat ke blog ini.