Sabtu, 18 September 2010

TAK BAYAR ELAUN?

Dalam sukan Komenwel di Kuala Lumpur 1998 dahulu, pekerja di kategorikan sebagai sukarelawan dan jelas ia tidak dibayar gaji atau upah. Semua buat kerja secara percuma. Habis sukan tidak ada seorang pun yang komplain.

Dalam sukma tak tahu lah. tetapi dalam KOAM  memang dibayar elaun walau pun kecil. Masalah yang dikemukakan dibawah masih kabur, petugas bahagian mana, adakah ia melibatkan KOAM atau tidak.

Yang pelik ada yang sanggup menerima tugas secara lisan tanpa surat lantikan, kalau begini lah keadaannya susahlah nak dapat bayaran. Kalau dapat kira okay lah, jika tidak kira sukarela sahaja lah. Lain kali harus beringat jangan mudah jadi mangsa.

TM pernah menjadi petugas dalam satu Larian Anjuran Berita Harian dan ditugaskan dibawah KOAM.  Bayaran yang dijanjikan tidaklah besar manapun, hanya Rm10 sahaja. Kami dikehendaki bertugas sebelum subuh lagi, selesai larian bayaran akan dibuat/

Tetapi yang sedihnya bila habis program Pariah-pariah KOAM yang pegang duit ini buat pekak. Jenuh jumpa pegawai itu, jumpa pegawai ini nak dapat RM10. Ramai yang sudah bising kerana nak balik, duit tak dapat lagi.  Akhirnya kami dapat tahu  ada sekor pariah yang diamanah pegang duit yang dibayar oleh Berita Harian kepadanya menyerbunya sekali lagi dan maki hamun baru dapat duit.

Pesanan kepada petugas Sukma, jika nak duit kena brutel lah sikit...jika tidak pakai senyap gitu saja.



AZAB tidak dibayar elaun amat memedihkan. Itulah yang dialami segelintir petugas kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Melaka 2010 yang berlalu sejak Jun lalu.

Hingga September ketika ini, tuntutan masih tiada khabar berita walaupun janji manis diberikan bahawa elaun akan dibayar sejurus selepas tamatnya kejohanan.


Beberapa petugas mengatakan penganjur mempunyai tuntutan elaun belum dibayar hingga ada yang mencecah angka puluhan ribuan ringgit, bagaimanapun rata-rata pengadu enggan membuat laporan polis kerana ingin menyelesaikan secara baik.


Malangnya, selepas gagal menghubungi pegawai yang terbabit mahupun pihak penganjur, kebanyakan petugas beralih ke media untuk mencari jalan penyelesaian.


“Mungkin kami hanyalah petugas biasa yang dijanjikan elaun yang kecil. Tapi RM750 seorang sudah cukup untuk membantu perbelanjaan Hari Raya.


“Sepanjang Sukma, kami sudah menjalankan tugas dengan cukup baik tetapi balasan yang diterima amat menyedihkan. Mungkin kerana kami tidak menanda tangani sebarang surat hitam putih, mengakibatkan pihak penganjur mudah mengambil sikap ‘lepas tangan’,” kata mereka yang enggan mendedahkan nama kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.


Susulan itu, 12 orang petugas yang diambil bekerja secara lisan ini mengambil keputusan ‘tunggu dan lihat’ dengan harapan bayaran elaun akan dijelaskan segera.


“Apabila diambil bekerja secara lisan dan tidak menanda tangani sebarang borang, tidak terlintas bahawa Sukma, iaitu temasya sukan utama Malaysia akan memberikan janji palsu.


“Lebih-lebih lagi perkara ini turut membabitkan rakan petugas lain yang difahamkan sudah menanda tangani borang tuntutan petugas, yang mana mereka juga menerima nasib yang sama,” kata mereka lagi.


Mengulas mengenai isu itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sukma, Radzi Shaari, tidak menafikan masalah ini seraya berkata ia berpunca daripada kemelut dalaman yang mengeruhkan lagi keadaan.


“Kemelut dalaman ini hakikatnya bukan isu besar tetapi ia berpunca daripada pengesahan tanda tangan yang membabitkan persatuan atau individu yang terbabit.

“Misalnya, sekiranya petugas dijadualkan bekerja untuk lima hari tapi ada yang datang awal dua hari, maka hari berkenaan turut dituntut mereka.


“Namun, sekiranya benar mereka bertugas pada waktu itu, iaitu melebihi hari yang ditetapkan dan mempunyai pengesahan tanda tangan oleh persatuan yang diwakili masing-masing, maka tidak menjadi masalah untuk kami membayar elaun yang dijanjikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya lagi, seramai 2,000 petugas teknikal yang bekerja sepanjang Sukma dan kesemuanya sudah dibayar elaun yang dijanjikan sebelum menjelang Aidilfitri.


“Mungkin yang tertinggal ini, kami terlepas pandang atau yang seperti saya cakapkan tadi mereka mempunyai masalah pengesahan tanda tangan.

“Ini semua masalah kecil yang boleh diselesaikan, sedangkan pembayaran bernilai jutaan ringgit pun kami mampu selesaikan, apatah lagi yang membabitkan jumlah yang kecil,” katanya sambil menambah individu yang terbabit dengan masalah ini diminta menghubunginya segera supaya kemelut ini dapat diselesaikan segera.