Ahad, 12 September 2010

Pembunuhan Sosilawati: Peguam bergelar Datuk, adik dan enam pekerja ditahan



SOSILAWATI Lawiya bergambar bersama keluarganya di hadapan rumahnya di Gombak baru-baru ini.


Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk [ Patmanatha******n dari Bar Counsil ]  dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka.[ Nama di atas belum diumumkan secara rasmi.]

Peguam dikehendaki ada rekod jenayah.  Seorang peguam yang dipercayai antara senarai individu paling kehendaki dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, disyaki mempunyai rekod jenayah kes penipuan di Selangor.

Menurut sumber yang rapat dengan Sosilawati, peguam bergelar Datuk dan berusia 40-an itu juga pernah berurusan dengan beberapa ahli politik di negeri terbabit atas urusan jual beli tanah.

Sumber itu mendakwa, salah seorang daripada ahli politik terbabit yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut terlibat dalam urusan penjualan tanah yang ingin dibeli oleh Sosilawati.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September membabitkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit seluas 1.6 hektar itu, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.


Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati.

Pada sidang akhbar itu, Mohd Bakri juga mengesahkan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis Kuala Lumpur menyiasat kes itu kerana kesemua mereka dilihat pada kali terakhir meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai keluarga mangsa, beliau berkata mereka sudah dimaklumkan dan polis menjelaskan kepada mereka bahawa pengesahan lanjut daripada pihak forensik dan Jabatan Kimia diperlukan untuk mengesahkan sepenuhnya kematian kesemua mangsa.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan namun kesemua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

Mereka mengaku ada menggunakan modus operandi yang sama dan kami kini menyiasat sekurang-kurangnya kehilangan empat orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu. [ siapa 4 lagi yang menjadi mangsa mereka?]

Beliau berkata, kesemua suspek berumur antara 19 dan 41 tahun, dua daripada mereka adalah wanita  dan mereka kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat kejadian, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, terdapat pokok kelapa sawit, serta beberapa kandang kambing serta bangsal lembu.


Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat 'Datuk' itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram.

Polis ada mendapat beberapa maklumat bahawa beliau memiliki beberapa hartanah secara tidah sah dan kita mahu menyiasat perkara itu.

Sama-sama kita tunggu apa respon HINDRAF/ DAP/PKR  dalam isu ini.