Selasa, 28 September 2010

PRK N45 GALAS

N45 GALAS
Jumlah Pengundi: 10,330
Peratusan Kaum: M:65.81% C:22.03% I:1.81% L:10.32%
1. Che Hashim Sulaima (Pas) (4,399)
2. Mohamad Saufi Deraman (BN) (3,753)
Majoriti: 646
Jumlah undi: 8,323
Peratus mengundi: 80.57%
Undi rosak: 171
Penyandang: Mohamad Saufi Deraman (BN)
(Majoriti: 1,729 undi)
Terlebih dahulu TM ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia petang semalam setelah mengharung tempoh yang lama dalam melawan penyakit yang dialami beliau.

Kerusi Galas sepatutnya sudah lama dikosongkan oleh beliau kerana sepanjang menjawat jawatan wakil rakyat Galas beliau sentiasa sakit dan gagal menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Tidak perlu mempertahankan jawatan sehingga ke akhir hayat.

Nik Aziz khuatir jika kerusi itu dikosongkan awal, maka ia akan kembali kepada BN kerana keadaan politik semasa lebih memihak kepada BN.

20 tahun mentadbir Kelantan, Pas gagal mengatasi masalah air, projek banyak gagal dan tertangguh. Wang peruntukan kementerian persekutuan banyak yang lesap.  Paling takut ialah apabila Pas bekerjasama dengan Dap. Kerjasama Dap-Pas mencetuskan kemarahan pengundi-pengundi atas pagar yang menyokong Pas selama ini.

TM yakin pengundi DUN Galas akan memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRK yang bakal diadakan tidak lama lagi.