Khamis, 9 September 2010

RM 1.57 duit raya untuk pegawai dan guru agama di Perak

sekadar hiasan
IPOH, 8 September- Exco Kerajaan Negeri Perak yang bermesyuarat semalam pada jam 10.00am di pejabat SUK Perak telah meluluskan satu peruntukan khas sambutan eidul fitri untuk lebih 7 ribu pegawai masjid dan guru agama di seluruh Perak. Pembayaran dibuat segera melalui Pejabat Daerah kawasan masing-masing.

Mereka yang menerima peruntukan khas ini terdiri daripada 1,645 imam, 1,853 muazin, 1,233 siak, 16 penyelia masjid dan 3.081 guru-guru agama yang mengajar di masjid.

Sementara rumah terbuka sempena edul fitri tahun ini akan diadakan pada Jumaat bermula jam 3.00 petang di kediaman rasmi esok.

Pada malam ini juga Khamis 9 September bertempat di kediaman rasmi menteri besar akan diadakan majlis berbuka puasa dan takbir raya.

Nampaknya 100 peratus pegawai masjid di Masjid Kampung Expo akan menerima duit raya dari kerajaan UMNO  Perak.

Apa macam wahai Othman Noh, Manolito Dahlan, Tarmizi Ismail dan ramai lagi pegawai masjid, boleh kah anda semua menerima duit daripada kerajaan Kudeta , tak haram kah duit tu.

Ia bukan sahaja kepada AJK masjid Kg Expo, malah banyak lagi masjid-masjid di Perak yang telah dirampas kuasanya oleh Pas.

Oppps..sebelum terlupa,

Tahun lepas 2009 YB Zahir ADUN Kamunting,  telah menyerahkan RM500 wang more untuk masjid tersebut, tetapi tak dibuat pun masjlis more untuk beliau, tidak ada sehari pun nama Yang Berhormat Zahir di tulis di papan kenyataan More . 

Ke mana perginya wang tersebut?