Khamis, 9 September 2010

Paul Wolfowitz adalah GAY, bantu kewangan Persatuan LGBT Turki

Bloom-Wolfowitz

AIDCNews

Ramai daripada kita di Malaysia tidak tahu bahawa Paul Wolfowitz mempunyai sejarah yang panjang dengan golongan homoseksual atau gay. Bermula dengan bergurukan dengan seorang profesor Yahudi, Allan David Bloom, ahli falsafah terkemuka di Universiti Cornell yang juga merupakan seorang gay, Paul Wolfowitz amat mengagumi dan mempraktikkan pemikiran gurunya itu terutamanya dalam bidang politik dan falsafah.
Sekitar tahun 1962-1963 , Paul Wolfowitz pernah tinggal bersama Bloom di Telluride House sebagai prasyarat untuk menjadi anak murid kepada Bloom.

Paul Wolfowitz, menurut penulis Jonathan Rowe mengakui yang Bloom merupakan seorang gay dan menyifatkan kecenderungan seksual gurunya itu sebagai "don't ask, don't tell" istilah yang sering digunakan oleh sesetengah pihak barat untuk merujuk seseorang itu homoseksual. Klik di sini

Istilah ini juga pernah digunakan oleh Presiden Bill Clinton dalam mengulas kecenderungan askar-askar Amerika terhadap homoseksual.

Menurut Rowe lagi, Bloom juga turut tinggal bersama kekasih gaynya iaitu Michael Wu di Telluride House. Wu diibarat 'isteri' kepada Bloom yang berperanan sebagai 'tukang masak' ketika perkumpulan pelajar di rumah Bloom itu. Malah kehidupan mereka seperti 'hidup bersama'. Wu juga dinamakan pewaris aset Bloom selepas ahli falsafah itu mati kerana mengidap penyakit AIDS pada tahun 1992.

Kecenderungan Bloom yang amat kuat terhadap aktiviti homoseksual dikatakan mempengaruhi pelajar-pelajarnya kerana beliau dianggap sebagai 'tokoh mentor'.

Persoalannya, adakah Paul wolfowitz juga merupakan salah seorang pelajar yang terpengaruh dengan kecenderungan homoseksual Bloom itu?

Wolfowitz tahu Anwar Gay ?

Ramai daripada kita amat pelik apabila Paul Wolfowitz seringkali membela Anwar terutamanya berkenaan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum PKR itu.

Kenapa tuduhan liwat atau aktiviti homoseksual itu amat sensitif kepada Paul wolfowitz?

Adakah beliau menyokong Anwar, kerana tahu Penasihat Umum PKR itu mempunyai kecenderungan yang sama dengan gurunya, Allan David Bloom ?

Lebih menarik lagi, adakah Paul Wolfitz juga merupakan seorang gay kerana terpengaruh dengan 'ajaran Bloom' semasa di universiti ?


Anwar-Wolfowitz

Akhbar Turki, Hurriyet Dunya, pernah mendakwa Paul Wolfowitz seorang gay. Klik di sini

Menurut akhbar Turki itu, Paul wolfowitz semasa menjadi Presiden Bank Dunia pernah meluluskan geran berjumlah $5,143.00 kepada Kaos GL Association, sebuah persatuan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) terbesar di Turki.Klik di sini

Bantuan kepada Turki didahulukan dan hanya Kaos GL Association mendapat bantuan kewangan dua kali berturut-turut daripada Bank Dunia, lapor Hurriyet Dunya.

"Untuk Bekerjasama," merupakan justifikasi Paul Wolfowitz ketika meluluskan geran bantuan itu. Menurutnya lagi bantuan itu untuk mengelakkan prejudis anak muda Turki kepada homoseksual.

Semasa Paul Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, beliau turut mengambil Anwar Ibrahim sebagai perunding Institut Bank Dunia, dengan gaji sebanyak $21,000 untuk kontrak kerja dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Dalam masa sama Paul Wolfowitz merekomenkan Anwar menjadi Pensyarah Pelawat di SAIS, Universiti John Hopkins, satu fakulti yang beliau pernah menjadi dekannya. Selain itu, dengan campur tangan Wolfowitz juga Anwar dipilih sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future, sebuah yayasan demokrasi Amerika Syrikat untuk Timur Tengah. Klik di sini


Anwar-Wolfowitz-SAIS

Menurut Mohd Yusmadi Yusoff, salah seorang pembantu khas Anwar di Amerika Syarikat, (sekarang merupakan Ahli Parlimen PKR di Balik Pulau, Pulau Pinang), semasa Anwar menjadi pesnyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, salah satu peranan Anwar adalah menjadi 'perunding' (bagi pihak Paul Wolfowitz) di antara Turki dan Amerika Syarikat. Klik di sini

Lebih menarik lagi, pensyarah terkemuka di Turki, Prof. Dr. Yalcin Kucuk mempertikaikan keprihatinan Paul Wolfowitz kepada kumpulan homoseksual,Turki dengan memberi hujah kekerapan Paul Wolfowitz melawat Turki terutamanya hubungan rapat dengan persatuan LGBT itu.

Umut Guner, Koordinator Projek Organisasi GAY, Kaos GL, Turki turut memberi respon berkenaan dakwaan kaitan Paul Wolfowitz dengan gay.

"Dalam diri saya sendiri terdapat naluri homoseks, sama ada anda sukakannya atau tidak. Selain itu, golongan homoseks, juga boleh menjadi heteroseksual(biseksual), saya atau orang lain tidak mempedulikannya" kata Guner.

"Adakah satu jenayah, Bank Dunia memberi wang kepada kami ?" katanya lagi.

Pada Disember 2006, Guner yang juga ketua pengarang majalah Kaos Gay-Lesbian Cultural Research and Solidarity Association (Kaos-GL) didakwa di mahkamah kerana dakwaan melanggar hukum-hukum moraliti dalam satu edisi khas majalahnya berkaitan pornografi lesbian dan homoseksual. Klik di sini

Kata Paul Wolfowitz -Iran Diskriminasi Homoseksual

Apa yang lebih mengejutkan adalah Paul Wolfowitz memandang prejudis kepada Iran berasaskan faktor homoseksual.

Pandangan Wolfowitz itu disiarkan oleh The FCNL Team, satu kumpulan wartawan politik dan keamanan di Washington ketika menemubual Paul Wolfowitz pada Jun tahun lalu di majlis anjuran American Enterprise Institute yang bekas arkitek perang Iraq itu kini merupakan salah seorang visiting scholar organisasi tersebut.

Apabila disoal oleh wartawan kenapa perlu Amerika Syarikat memerangi Iran, Wolfowitz secara bersahaja menjawab faktornya adalah Iran tidak bertolenransi terhadap aktiviti homoseksual.Klik di sini

Paul Wolfowitz is GAY




Turki-Wolfowitz-Gay

Profesor Dr. Yalcin Kucuk, Ph. D., expressed his displeasure to the news that World Bank President, Paul Wolfowitz, who he thinks "might be gay," has donated $5,143 to a gay organization in Turkey.

Turkey's first and only gay organization Kaos GL, qualified for economic assistance from the World Bank for a second time. Last year, the organization had obtained a donation from the World bank, towards putting together a brochure which would highlight the problems and experiences that the gays would have with their families
This year, for a project targeting the youth, the organization will receive $5,143.00. The project, called "All together", aims to address the change the gay oriented discriminatory behaviour of the youth. Of the 100 Turkish organizations that had applied to the World Bank, Kaos GL was one of the five that was selected.
"HE FAVORS THEM"
The fact that the organization received the donation twice caused further rumors. In a television program, Yalcin Kucuk, Ph.D., insisted that the president of World Bank, Wolfowitz could be gay, and that he favored the gay organization.

He also reminded the fact that, while other World Bank Presidents rarely visited Turkey, Wolfowitz was a very frequent visitor.

On the other hand, Umut Guner, the Project Coordinator of the gay organization, responding to the rumors of Wolfowitz being gay, stated that "I personally would be curious of someone's homosexuality, if I am attracted to him, otherwise, who is homosexual and who is not doesn't concern me".

Guner followed by saying "If the World Bank hadn't given the money to us, and had given it to the Laz (translator's note: Laz are people of Greek origin who converted to Islam, and live predominantly around Northern Turkey, formerly Pontus area), would Wolfowitz be accused of being Laz?


hurriyet.com


LGBT( LESBIAN GAY, BI-SEX,TRAN)