Rabu, 29 September 2010

SENTOSA-VILLA TAIPING.wmv



Kisah mengenai Tanah Milik Sentosa Villa pernah diceritakan sebelum ini, Menurut cerita tanah ini dahulunya milik orang Melayu. Tanah dusun bersebelahan anak sungai dari Bukit Larut. Tempatnya cukup cantik.

Oleh kerana pemilik Melayu tidak dapat melihat potensi masa depan dari pelbagai sudut, beliau mengambil jalan mudah dengan menjualnya kepada seorang usahawan Cina tempatan yang juga ahli politik MCA.

Beliau seorang yang cukup berwawasan. berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. Maka lahirlah sebuah resort yang cukup cantik untuk dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun dari luar negeri.

Sekarang menangis air mata darah pun tanah tersebut tidak akan dapat kembali. Ingatlah, jika ada tanah walaupun sekangkang kera kata orang, jangan lah jual. Tak ada idea nak majukan sila rujuk kepada jabatan-jabatan kerajaan atau badan berkanum. mereka sedia membantu anda dalam menjana ekonomi.

Cita-cita dan hasrat 30% pegangan ekuiti Melayu tidak akan berjaya menjelang 2020 jika Melayu terus menjual aset mereka demi keuntungan dan wang segera.