Selasa, 28 September 2010

One Person One Vote- PKR TERNYATA GAGAL BERKATA BENAR


PKR merupakan sebuah parti yang lahir dari kejatuhan seorang pemimpin kanan dalam Umno iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, tertubuhlah sebuah parti yang dinamakan Parti Keadilan dan kemudian bergabung pula dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (Bebas dari agama dan berfahaman Maxis) maka jadilah Parti Keadilan Rakyat.


Anwar merupakan seorang pemimpin diktator dalam ABIM dan usaha yang sama juga dilakukan dalam Umno.

Sesiapa yang engkar pasti dimalukan dan dipecat. Bukan sahaja ahli politik yang sanggup dimalukan oleh Anwar, malah ramai penjawat awam menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu ganas beliau.

PKR adalah bayangan Umno , bagaimanapun Anwar cuba untuk menjadi lebih baik daripada Umno dengan polisi  'one person one vote' tetapi ternyata polisi tersebut telah gagal.

Bagaimanapun Anwar  dan Saifudin dimalukan oleh ahli-ahli akar umbi dan akhirnya mereka mendendangkan lagu 'bangau oh bangau' .

Bayangkan bagaimanakah sebuah parti yang kecil yang mempunyai keahlian hanya 400 ribu masih gagal menguruskan parti dengan baik. Tidak hairan lah seluruh kepimpinan PKR di setiap negeri menghadapi pelbagai masalah.

Ibarat si jalak yang berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang najis. Itu lah peribahasa Melayu yang boleh disamakan dengan PKR.

One person one vote juga dilihat sebagai satu helah untuk mengekalkan kroni-kroni dan orang-orang kesayangannya. Unsur tipu muslihat pasti menjadi duri dalam daging kepada sistem pemilihan kepimpinan PKR  yang dianggap adil kepada semua orang. Itu hanyalah satu alasan atau pembohongan semata-mata.



"Kita yakin natijah pelaksanaan kaedah "One Person One Vote" adalah satu keputusan yang tepat lagi mengukuhkan parti dari segi jangka panjang dalam proses pendidikan demokrasi kepada rakyat," kata Saifudin Nasation ,beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi.

Proses pemilihan kepimpinan PKR dilihat lebih teruk berbanding dengan Pas yang lebih bersistematik. Kita akan melihat selepas ini akan ramai ahli-ahli PKR akan meninggalkan parti mereka.