Jumaat, 29 Oktober 2010

BN AKAN BAWA PENGUNDI HANTU?

Pas menuduh Umno BN bawa pengundi hantu. Sempit sungguh otak pemimpin Pas.  Pengundi Galas bukannya ramai , cuma 11, 553 pengundi.

Senarai pemilih sudah ada ditangan Pas, malah Pas sudah mengenal pasti siapa yang pro Pas dan siapa yang pro BN. Senarai calon mengikut saluran dalam setiap peti undi juga sudah siap untuk diberikan kepada wakil calon yang akan bertugas disetiap saluran peti undi.

Pas tahu hal sebenar, bahkan Pas juga akan awal-awal meminta borang no 14 selepas selesai pengiraan undi. Oleh itu isu pengundi hantu hanyalah dongengan Pas untuk memburukkan reputasi Umno BN.