Isnin, 18 Oktober 2010

Breaking news : Nizar muka tak malu

Seorang rakan yang membaca artikel mengenai Nizar Makan Gaji Buta telah memberi tahu bahawa  Nizar memang suka mengganggu majlis  kenduri kahwin.

"Dia datang bukan untuk metekedarah tapi datang nak kempen politik."

"Nizar ni kalau hujung minggu jika dia ada di Bukit Gantang dan ada mana-mana rumah buat majlis kenduri dia akan arahkan balacinya menefon tuan rumah dan memaklumkan bahawa Nizar ingin datang ke majlis kenduri, maka tuan rumah pun tak kan nak tolak dan mengiyakan untuk membenarkan beliau hadir."

Malangnya bila dia hadir dia mohon untuk bercakap sepatah dua,  ini membuatkan tetamu yang hadir majlis kenduri rasa kurang selesa kerana bukan semua yang hadir majlis adalah penyokong Pas.

Beberapa bulan yang lalu perkara yang sama telah ditimbulkan oleh rakan TM yang tidak selesa dengan perangai Nizar berceramah dimajlis kerja kawin.

Kata rakan , " Dia sendiri memang benci dengan Pas, tetapi hadir kenduri bukan untuk dengar ceramah tetapi untuk mengeratkan tali siratulrahim antara sanak saudara walaupun mereka pro pembangkang. "

Katanya " Bab mati, kenduri kendara , sakit dan sebagainya tidak boleh dicampur aduk dengan politik. Dia ni bodoh , otak ada, tapi akai tak ada, patutlah Tuhan tak izinkan dia jadi MB, kalau tidak lingkup negeri"