Isnin, 18 Oktober 2010

Saifudin kaki kelentong

Terbongkar : ‘Saifuddin bohong, saya bukan ejen BN’!

“Saifuddin Nasution berbohong! Saya boleh buktikan yang saya masih ahli PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan tidak pernah menyertai UMNO.” Itu pendedahan Abdul Razak Halidi (gambar), 46, yang namanya sebelum ini disebut dan dituduh oleh Setiausaha Agung PKR tersebut sebagai orang luar yang menjadi ‘ejen Barisan Nasional (BN)’ pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR, 6 Oktober lalu.

Abdul Razak menjadi Ketua Cabang PKR Kuala Langat untuk penggal 2007-2010 mendakwa dituduh demikian kerana telah menimbulkan kekecohan semasa sesi pemilihan PKR cabang itu pada 26 September lalu.

Beliau bagaimanapun mengaku sengaja menimbulkan kekecohan itu sebagai tanda protes dengan perjalanan pemilihan yang tidak adil dan mengikut prosedur selain rasa terkilan tidak dibenarkan mengundi sedangkan ia merupakan haknya sebagai ahli.

“Memang saya mengetuai kekecohan itu. Tetapi Saifuddin mengeluarkan kenyataan kurang cerdik serta tanpa usul periksa dan terus menuduh saya orang UMNO kerana mahu menyembunyikan kepincangan dalam parti.

“Ini tidak benar. Saya tidak pernah keluar PKR, tetapi Saifuddinlah yang suka melompat parti.“Orang yang tidak berpendirian seperti ini tidak boleh dipercayai apa lagi menjadi pemimpin kerana hanya akan memecahbelahkan parti.

Saya telah berbincang dengan peguam saya untuk memfailkan saman terhadap Saifuddin kerana berbohong dan memfitnah saya,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Dakwa Abdul Razak, pemilihan pada 26 September lalu telah dirancang dan mereka menggunakan taktik kotor dengan membuang nama ahli-ahli yang dikenal pasti tidak akan menyokong calon yang telah dipilih termasuklah namanya.Mereka yang mengundi pula dakwanya, dibayar antara RM20 hingga RM50 yang memungkinkan sesiapa pun termasuk bukan ahli hadir untuk mengundi kerana bakal mendapat bayaran.

“Saya difahamkan, rancangan ini bukan hanya dijalankan di Kuala Langat tetapi di beberapa tempat lain di Selangor,” dakwanya Abdul Razak juga mendakwa telah dibuang sebagai ahli tanpa diadili oleh jawatankuasa disiplin melalui surat yang diserahkan kepada timbalannya sedangkan ketika itu jawatannya adalah ketua cabang yang dipilih oleh ahli akar umbi.

“Surat yang menyatakan saya bukan ahli itu bertarikh 9 Oktober 2008. Tetapi yang menghairankan pada 2 November 2008, saya dapati nama saya kembali didaftar sebagai ahli dengan nombor keahlian baru B210000792.

“Semuanya dilakukan pihak pusat tanpa persetujuan kerana saya tidak pernah mengatakan, menulis atau mengumumkan akan keluar parti dan juga tidak pernah memohon semula menjadi ahli kerana saya memang ahli,” dakwa Abdul Razak.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkannya, Abdul Razak menjelaskan, pada mulanya beliau berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membantu menyelesaikan masalah itu.

Tetapi jelasnya, orang yang boleh berkomunikasi secara terus dengan Anwar untuk merujuk masalah itu begitu sibuk dan hanya ada masa bertemu dengannya malam Ahad ini.

“Kerana tidak tahan lagi, saya tampil untuk mempertahankan diri selain tidak tahan melihat berlaku salah guna kuasa dan korupsi secara berleluasa dalam PKR Selangor,” dakwanya yang masih berharap Anwar akan melakukan sesuatu untuk membantunya.

Jika Anwar memberikan jawapan yang tidak memuaskan tegasnya, beliau akan memikirkan semula kedudukannya sebagai ahli PKR.

Saifudin meludah kelangit..!