Esok 20 Oktober 2010 jam 8.00pm - 11.00 pm bertempat di Poolside Cove Sunway Lagoon Club No 3 Jalan Lagoon Timur Bandar Sunway akan diadakan satu forum untuk mengkritik, mencela dan memburuk-burukkan bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib Tun Razak.
Panel yang akan bercakap esok ialah tukang tukang karut Pkr, Dap dan Pas. Mereka ialah Tony Pua, Razifi Ramli, Charles Santiago, Dr Dzulkifly Ahmad, penganalisis politik Dr Ong Kian Ming.
Program ini adalah anjuran Medaline Chang, Hannah Yeoh dan Tony Pua.
Hanya 200 tempat duduk disediakan untuk majlis tersebut. Yang jelas ialah ia bertujuan untuk mencari publisiti murah oleh Tony Pua. Ia akan lebih kepada agenda politik untuk mengkritik kerajaan BN.
Jika Tony Pua ingin membahaskan tentang bajet dia boleh lakukannya di dalam dewan rakyat. Sudah tentu setiap patah katanya akan direkodkan dan beliau boleh mendapatkan sokongan dewan jika hujahnya bernas.
Tony hanyalah wakil rakyat PJ Utara seorang yang bersifat seperti seekor tikus yang hanya berani di luar dewan tetapi tidak di dalam dewan.