Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan konvoi 122 ahli kelab motosikal Kuala Nerus, Terengganu yang berlepas ke Galas, Gua Musang dari Dataran PWTC, pagi Sabtu.
Konvoi ahli-ahli Pergerakan Pemuda Bahagian Kuala Nerus itu tiba di ibu negara malam tadi.
Mereka akan meneruskan perjalanan ke Galas sebelum kembali semula ke Nerus membabitkan perjalan sejauh kira-kira 1,500 kilometer.
Menurut ketua konvoi, Shukri Yusof perjalanan mereka adalah bagi membawa misi perjuangan UMNO yang berterusan dan menyokong kepimpinan Najib.
"Kami akan berada di Galas bersama Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang sebagai pemanas kempen pilihan raya kecil di kawasan itu," katanya yang juga ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Kuala Nerus.
Turut bersama konvoi itu seramai 20 orang marshal dan 20 petugas bagi membantu melancarkan ;perjalanan konvoi dan kebajikan peserta.-23/10/2010
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.