Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK namun tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat di negara ini.
“Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam.
Beliau berkata demikian, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi JKKK dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
Dahulu dia dengan bangga mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan negeri dan dengan bangganya beliau mengutuk kerajaan negeri yang diperintah oleh BN tidak memberi duit raya
Lim sekali lagi tersandar malu bila Najib memeberi duit raya sebanyak RM 500 seorang. Hari ini Lim sekali lagi pening untuk mecari sumber kewangan bagi menyamakan bayaran JKKK sama seperti yang diterima oleh JKKKP.