Khamis, 21 Oktober 2010

Pas Gedebe

PAS Beri Amaran, PKR Jgn Masuk Campur Urusan PRK Galas!

Ketika sedang hangat diperkatakan, ketika para penyokong parti politik sedang bersiap siaga untuk berentap, Anwar mengeluarkan kenyataan kepada "anak buah"nya bahawa "Galas bukan masalah kita, itu masalah PAS"!

Itulah sikap "dewa" yang PAS puja selama ini. Itulah reaksi di sebalik tabir PKR terhadap PRK yang bakal berlangsung di Kelantan.

Menurut sumber dalaman PKR, penulis diberitahu bahawa pakar-pakar strategi PKR telah diarahkan oleh "de facto"nya agar tidak campur tangan dalam pilihanraya kecil di kawasan Gua Musang itu.

Pastinya PAS akan keseorangan kali ini. PKR sudah menerima wahyu "negatif" dari "tangan ghaib"nya. DAP pula tentunya akan keberatan untuk menolong PAS setelah PKR yang menjadi "orang tengah" di antara parti songsang itu mengundur diri. Siapa PAS di mata DAP? Hanyalah "keldai tunggangan" semata-mata…

Difahamkan PAS kini sedang bergelut dengan masalah dalamannya. Mursyidul Am PAS dan kepimpinannya dikhabarkan bermasalah dengan Presiden PAS dan "geng"nya.

Juga difahamkan bahawa Presiden PAS dan hampir seluruh kepimpinan PAS Pusat kurang berpuas hati dengan Nik Aziz yang ternyata menongkah arus dari perjuangan sebenar PAS. Mereka didapati bertelagah sesama sendiri berkenaan isu-isu semasa seperti penggunaan kalimah "Allah" sebagai contoh.

Memandangkan Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS yang menentukan kata putus, Presiden dan "geng" ulama' PAS bersikap "dingin" terhadapnya berikutan tidak bersetuju dengan kata putus Nik Aziz yang berpaksikan politik semata-mata dan meninggalkan nilai-nilai Islam. Namun perkara ini berjaya disembunyikan dari pengetahuan umum.

Berikutan Ku Li telah menerima perlantikan sebagai Pengarah PRK DUN Galas, maka penyokong-penyokong PAS di DUN Galas berbelah bagi terhadap sokongan mereka. Ku Li disayangi oleh seluruh masyarakat Gua Musang. Ahli Parlimen yang tidak pernah kalah dikubu kuatnya, Ku Li disegani oleh kawan dan lawan.

Moral penyokong PAS kini berada di dalam keadaan bercelaru. Dan ini memaksa PAS Kelantan mengimport seberapa ramai peraih undi dan tukang kempen mereka, selain mengerah jentera-jentera luar untuk ke DUN Galas bagi memulihkan "semangat" agama PAS yang semakin kendur.

Artikel penuh di BN Untuk Galas
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

  1. ..biarlah Pas dengan 'agama'nya sendiri...biarkan....mereka terlalu taksub dengan agama meraka..takkan mungkin dapt dipulihkan akidah mereka walaupun kita berusaha mencuba....

    BalasPadam
  2. Nik Aziz patut belajar sejarah. Selama ini dia belagak pandai

    BalasPadam