Jumaat, 26 November 2010

Dewan Pemuda Pas Perak mencari publisiti Murah

Zawawi Hasan
Dewan Pemuda Pas Perak tidak dikenali umum, barisan exconya pun tidak popular dan tidak ternama seperti Tantawi . Rangking blog mereka pun masih berada ditempat tercorot iaitu 16 juta lebih dan langsung tiada ranking atau nilai dalam Malaysia.

So bagaimana nak mempromosi 10 pemimpin pemuda Pas Perak untuk menjadi wakil rakyat dalam PRU 13? Hanya dengan mengajak Perak Today dan Taipingmali berdebat barulah dapat menaikkan nama pemuda Pas Perak. Jelaslah mereka hanya mencari popolariti melalui blog Pro BN.

Wahai Pemuda Pas kita sedang berdebat tau !!!  Tetapi buka berdebat cara Pas?  lepas ni sila jawab ya!

Okay lah Pemuda Pas nak cari publisiti bagi mempromosikan exco mereka , Taipingmali dengan senang hati membantu anda.

Dengar sini orang-orang kampung; Sila beri perhatian kepada pengumuman ini, Maka dengan ini diisytiharkan barisan exco pemuda Pas Perak untuk dicalonkan dalam PRU 13 akan datang. mereka ialah
  1. Saudara Zawawi Hassan Ketua Pemuda Pas Perak
  2. Saudara Mohd Munir Ali  Timbalan Ketua Pas Perak
  3. Saudara Salman Hj Saleeh Naib Ketua Pemuda Pas Perak
  4. Yang Mulia Raja Dr Ahmad Al- Hiss Setiausaha Pemuda Pas Perak
  5. Saudara Mohd Akmal Kamarudin Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak
  6. dan lain-lain ketua pemuda Pas Kawasan seperti Ipoh, Taiping, Larut, Lumut dll.
Tolong lah mereka wahai Tok Guru dan Tuan Guru.