Jumaat, 26 November 2010

PEMUDA-PEMUDA PAS PERAK TERINGIN NAK JADI WAKIL RAKYAT


TM ketawa sampai terguling-guling atas jalan depan rumah sendiri apabila membaca berita Pemuda Pas Perak ingin menjolok pihak Pas Pusat untuk meletakkan 10 orang Pemuda Pas Perak sebagai calon PRU 13.

Dulu semasa PRU 12 Pas main tangkap muat sahaja maklumlah tak yakin akan menang 6 kerusi. Sejak dahulu lagi Pas bertanding di Perak ini hanya menumpukan  kepada tempat-tempat yang mereka yakin boleh menang sahaja. Biasanya Pas bertanding dalam 21 atau 22 kerusi sahaja , tidak lebih dari itu.Akan tetapi angan-angan nya tinggi iaitu nak memerintah Perak.

Kempen sana sini , marilah kita bersama Pas untuk menumbangkan kerajaan BN Perak. Kita mesti dan wajib menukarkan kerajaan yang zalim. Andai kata Pas menang semua kerusi pun Pas tak boleh tubuh kerajaan di Perak.

Lihat keputusan PRU 12, Pas bertanding berapa kerusi dan menang hanya 6 kerusi, tetapi kerana Sultan Perak memilih Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar, Pas seperti mabuk todi, besar kepala macam kepala babi toyok . Punya lah seronok kononnya mereka lah berkuasa di Perak.

Habis semua dewan orang ramai dirampas kuncinya, sekolah Kemas dirampas dan ditutup. Semua AJK masjid dan surau seluruh negeri nak diambil alih.  Tak cukup dengan itu semua PIBG nak di kuasai. Itu baru menang 6 kerusi. belum menang 22 kerusi.

Pemuda Pas nak calonkan 10 muka baru. Tahniah lah jika berjaya. Dengan 10 muka baru , bermakna muka-muka tua dalam wakil rakyat Dun atau pun MP akan diketepikan. Kesian kat  depa baru merasa jadi wakil rakyat sepenggal dah nak dipenggal kepala depa. Zalim sungguh pemuda Pas Perak.


Berikut adalah petikan daripada laman blog mereka.




 Dewan Pemuda Pas Perak akan menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 calon muda untuk dipertimbangkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata, langkah mengemukakan senarai calon tersebut bertujuan untuk memperkenalkan mereka lebih awal kepada para pengundi di kerusi-kerusi bakal ditandingi.

“Usaha menyenarai pendek nama-nama calon sedang dilakukan dalam suasana pembubaran di peringkat nasional mahupun negeri Perak.

“Jika diberikan kepercayaan oleh Pas Perak, Dewan Pemuda Pas negeri akan menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 nama calon muda bagi menghadapi PRU ke-13 nanti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyenaraian nama-nama tersebut bagaimanapun bergantung kepada penyertaan calon Pas Perak di dalam PRU ke-13 yang mana jumlah kerusi akan diputuskan oleh pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurut Salman, kesediaan pihaknya mengemukakan senarai calon itu juga untuk membuktikan bahawa Pas Perak tidak ketandusan para pemimpin muda.

“Harapan meletakkan calon muda ini adalah aspirasi anak muda yang mahukan tenaga muda sebagai ‘Yang Berhormat’ kerana mereka ini boleh mempercepatkan masalah rakyat diatasi.

“Dewan Pemuda Pas Perak cukup yakin akan keupayaan semua calon muda yang akan diketengahkan ini,” katanya.

1 ulasan:

  1. Cakap ikut nafsu mcm ni boleh percaya ke?

    BalasPadam