Isnin, 15 November 2010

Gurindam Al-Jub

Tembelang Anwar PKR Dedahkan

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Tak ada upah tak ada sapa bayar
Tembelang PKR ahli dedahkan.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah PKR jadi tunggang-langgang
Mesej perjuangan tak ada ikhlas di hati.

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Aduhai PKR, aduhai Anwar
Terduduk terlentang macam nak mati.

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kalau dah Anwar taktiknya salah
Padanlah muka sebab ikut kata hati.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau Anwar berani tampillah diri
Langsung tak de suara bila pecah tembelang.

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Anwar nak lari dah tak ada tempat
Inilah perosak bangsa Melayu.

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Anwar tak payah nak cari helah
Semua dah tahu PKR parti haru.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Kata orang nipotisma, kronisma
Anwar tu air liur meleleh mulut ternganga.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Salah Anwar semua dah nampak
Itulah manusia penuh kepura-puraan.

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Anwar diturut tak boleh jalan
PKR rebah dah tau apa sebabnya.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Kerana PKR dan Anwar semua porak-peranda
Hanya mimpi kuasa, pangkat dan wang berjuta.

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woiii Anwar cita-cita ko tak kan maju
Boleh jalan la, ikut suka nak pegi mana.

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Anwar bukan sesiapa lagi
Jawatan Ketua Umum pun orang dah dok hinggap.

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Marilah sama-sama kekalkan kemerdekaan
PKR dan Anwar tak payahlah ambil tahu.

R. A.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.