KUALA LUMPUR 15 Nov. - Gerakan Kedah meminta kerajaan negeri menerima kritikan yang membina dan membatalkan keputusannya untuk melarang beberapa organisasi media daripada membuat liputan sidang dewan negeri yang bermula semalam.
"Ia bertentangan dengan kebebasan bersuara dan mendapat maklumat," kata Pengerusi Gerakan Kedah, Dr. Cheah Soon Hai sambil menambah bahawa orang ramai membaca apa yang ingin mereka baca dan bukan atas perintah kerajaan Pas Kedah.
Beberapa wakil organisasi media tidak dibenarkan untuk membuat liputan dan ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk utama bangunan Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.
Dr. Cheah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga menyifatkan larangan itu sebagai penindasan oleh kerajaan negeri terhadap organisasi media yang tidak melaporkan berita mengikut kehendak mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.