
Contohnya, UMNO dan BN ada banyak duit untuk diberikan kepada para pengundi berbanding PAS kerana UMNO dan BN dibela oleh taukeh-taukeh judi dan balak. Dek kerana itulah, PAS kalah apabila bertanding dengan UMNO dalam masalah ini. Mereka kemudiannya akan meletakkan diri mereka sebagai penyebar dakwah.
Namun pada masa yang sama juga, para pendakyah PAS akan menyeru tukang-tukang kempen mereka agar meneruskan ‘huluran’ biarpun ianya jauh lebih kecil nilainya berbanding UMNO dan BN, terutama dalam bentuk individu. Alasannya adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan pemberian berkenaan bukanlah RASUAH sebaliknya HADIAH.Yang pastinya juga, huluran tersebut perlu dihulurkan secara berterusan, sama ada sewaktu pilihanraya mahupun selepas pilihanraya.

Satu lagi helah ialah dengan memasukkan unsur-unsur rohaniah yang dapat memberikan kesan kepada jiwa. Contohnya, UMNO ada duit dan jentera pilihanraya yang hebat, kita ada senjata lain yang lebih hebat iaitu DOA. Selain daripada memperlihatkan UMNO sebagai sebuah entiti yang angkuh dan megah, PAS pula pada masa yang sama kelihatan seperti sebuah parti yang zuhud, bertawadduk dan sangat bertawakkal, sekaligus memberikan imej suci kepada parti berkenaan.
Bagaimanapun taktik PAS yang paling berkesan selain penggunaan ayat-ayat al Quran yang ditafsirkan mengikut sekehendak hati mereka ialah penekanan terhadap sesuatu tuduhan, maksudnya melakukan FITNAH. Dengan menggunakan kaedah penekanan berulang-ulang, sesuatu isu itu perlu sentiasa diingatkan kepada para pengundi.
Begitu juga dengan helah-helah yang kelihatan seperti hujah agama. Contoh yang paling ketara ialah apabila mereka cuba menjatuhkan hukuman khurafat kepada Menteri Besar Perak yang menghadiri dan menyempurnakan majlis menaikkan tiang rumah. Biarpun upacara berkenaan mungkin pada suatu masa dahulu dipenuhi dengan unsur-unsur khurafat namun pada zaman ini, ia tidak lebih daripada sebuah adat semata-mata dan tidak lagi bersandarkan kepada kekuatan dan kekuasaan makhluk.
Namun berapa kerat daripada pendakyah-pendakyah PAS yang berusaha untuk menerangkan perkara sebenarnya berbanding terus menjatuhkan hukuman agar Zambri Abdul Kadir dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu menjaga syariat dan akidah sehinggakan perkara yang melanggar aturan dan larangan agama pun dilakukannya.
Biarpun penjelasan dibuat namun penekanan terhadap perbuatan khurafat itu akan terus dilakukan sehinggalah ia akan diterima oleh para penyokong mereka. Kaedah berkenaan terbukti berkesan terutama isu-isu yang melibatkan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.
Anehnya, UMNO dan BN tidak menggunakan kaedah ini untuk menyerang PAS. Kelemahan ketara PAS ialah apabila tuduhan mereka dijawab kembali dengan menggunakan dalil-dalil yang sama, jarang digunakan oleh UMNO, sebaliknya UMNO membiarkan PAS terus bermaharajalela menggunakan isu-isu dan hujah-hujah agama sehingga UMNO kelihatan seperti sebuah parti yang jahil dan ahli-ahlinya sangat jahil.
Mungkin UMNO perlu mengurangkan stigma terhadap debat mahupun perbahasan. Penyelewengan agama yang dilakukan oleh PAS semenjak berdekad-dekad lalu perlu diperbetulkan agar akidah umat tidak lagi diselewengkan. Tidak sedikit orang yang asalnya Islam tetapi kemudian menjadi kafir dan melakukan syirik apabila beranggapan pergantungan mereka hanyalah pada PAS sekaligus menyalahi iktikad sebenar umat Islam bahawa setiap pergantungan itu hanyalah kepada Allah Taala semata-mata. Sebarang ketetapan-Nya perlu diterima dengan tawadduk dan penuh keimanan, bukannya dipersoalkan, sebagaimana yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin dan para pengikutnya setelah Nizar kehilangan jawatan.
Penulis: Kelembai Bukit untuk Perak Today