Khamis, 2 Disember 2010

ANWAR WAJAR SERAHKAN KEMBALI GELARAN DAN TINGGALKAN MALAYSIA


Bagi mereka yang meminati mengkaji aliran pemikiran Anwar artikel "kunjungan Diplomatik ke Australia" sudah cukup sebagai penanda arasnya. Bermula dari tokoh Islamis, Anwar dikatakan berubah 360 darjah menjadi tokoh liberalis.

Anwar Ibrahim, terkenal pada tahun 70-an sebagai pejuang Islam dalam ABIM. Bermula dengan buku usrah, Hassan Al Banna, Syed Qutb, Fathi Yakan dan Abu Ala Al Madudi, (tahun 70-an), kemudian beralih kepada buku – buku usrah baru, Ismail Al Faruqi dan Sayyed Hussein Nasr (tahun 80 -an) dan mutakhir ini beralih kepada buku – buku orientalis, John Esposito, John Voll dan Samuel P. Huntington. Baca artikel saya selanjutnya di sini

Kini, nama Hassan Albanna, Syed Qutb, Fathi Yakan tidak lagi Anwar sebut. Nama tokoh-tokoh Islam itu diganti dengan nama-nama tokoh Barat, John Locke, Edward Said dan Amartya Sen.

Sebenarnya pemikiran Anwar tidak pernah berubah. Dari zaman Presiden ABIM hingga ke zaman Ketua Umum PKR tidak pernah berubah. Beliau tetap seorang liberalis. Kumpulan 'ustaz' termasuk ustaz Fadzil Nor, ustaz Hadi Awang, ustaz Nakhaie Ahmad, ustaz Mohamad Daud Iraqi dan terkini ustaz Muhamad Mustafa, dan beberapa tokoh ustaz yang pernah menyertai ABIM, sebenarnya salah baca mengenai aliran pemikiran 'Islam' Anwar.

Anwar mengula-gula nama-nama Hassan Al Banna, Syed Qutb dan Fathi Yakan untuk menarik sokongan kumpulan ustaz itu, tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan identiti sebenarnya berguru kepada Nurcholish Madjid (Cak Nur) di Indonesia. Sejak tahun 1967 lagi, ketika Anwar mewakili PKPIM menghadiri latihan perkaderan anjuran HMI di Penkalongan, Jawa Tengah. Ketika itu HMI dipimpin oleh Cak Nur dan Anwar merupakan pelajar tahun pertama, Universiti Malaya yang terlibat aktif dalam PKPIM. Cak Nur adalah anak murid Fazlur Rahman dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat yang membangunkan HMI dengan mempopularkan konsep sekularisasi dan pluralisme. Klik di sini

Anwar juga menyembunyikan identiti sebenarnya, apabila secara diam-diam menaiki pesawat ke Universiti Temple, Amerika Syarikat, menemui mentornya Ismail al Faruqi. Semua ini terbongkar pada tahun 1981, apabila beliau dan mentornya menubuhkan IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Virginia, Amerika Syarikat. Klik di sini

Tetapi kumpulan utaz ABIM mula menyedari aliran sebenar pemikiran Anwar sejak tahun 1974, apabila Anwar ditahan ditahan ISA di Kamunting selama dua tahun. Pemangku Presiden ABIM ketika itu adalah ustaz Fadzil Nor gagal untuk melakukan apa-apa perubahan dalam ABIM kerana semuanya telah disetting oleh Anwar Ibrahim. Anwar meskipun berada dalam penjara, tetap menjadi Presiden ABIM dan meremote ABIM mengikut acuan pemikirannya, meskipun ABIM dipangku oleh ustaz Fadzir Nor.

Hal ini sama seperti Parti Keadilan yang ditubuhkan pada tahun 1999. Meskipun Presiden Keadilan adalah Wan Azizah Wan Ismail, tetapi semua arahan mesti datang dari penjara Sungai Buloh, tempat Anwar dan pembantunya, Rasid Rosidi dipenjarakan.

Maka selepas Anwar dibebaskan dari Kamunting, semua kumpulan ustaz diketuai oleh ustaz Fadzir Nor keluar beramai-ramai meninggalkan ABIM kerana mereka tahu, ABIM bukan untuk Islam tetapi ABIM untuk Anwar Ibrahim.

Hal ini sama seperti yang terjadi kepada Ezam Mohd Nor, Zahrain Hashim, Zulkifli Nordin dan terkini Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR kerana PKR bukan untuk keadilan semua rakyat, tetapi PKR hanya untuk keadilan Anwar Ibrahim.

Apakah aliran pemikiran Anwar sehingga tidak disukai oleh golongan agama dan keadilan sendiri ?

Alirannya tetap seperti dulu, iaitu liberalis yang berpaksikan kepada organisasi Yahudi, the Mont Pelerin Society.
Aliran pemikiran ini pernah didedahkan oleh penulis EIR (Executive Intelligence Review) pada Julai 2008.

"Mahathir Mohamad, Malaysia's Prime Minister frim 1981 to 2003, attacked Soros as a menace to humanilty. In the brawl between Mahathir and the Soros fraction, Malaysia jailed its finance minister, Anwar Ibrahim, an ally of the IMF and of the Mont Pelerin Society, on charges of corruption and sodomy"
Menurut wikipedia The Mont Pelerin Society [klik di sini] adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan para ekonomis, ahli falsafah, intelektual, ahli sejarah, pemimpin korporat dan individu yang berkecenderungan memperjuangkan konsep liberalisme klasik.

Pertubuhan ini ditubuhkan oleh tokoh-tokoh Yahudi iaitu Friedrich Hayek, Milton Friedman, Karl Popper dan Ludwig von Mises yang memperjuangkan kebebasan bersuara(freedom of expression), dasar ekonomi bebas (free market economic policies) dan nilai politik dalam masyarakat terbuka (political values of an open society).

Nama The Mont Pelerin Society diambil sempena dengan nama tempat Mont Pelerin, Switzerland yang merupakan tempat perbincangan pertama kumpulan ini yang dianjurkan oleh Professor Friedrich Hayek 10 April 1947
. Klik di sini

Daripada banyak aliran pemikiran, kenapa Anwar pilih liberalisme ? Sebabnya hanya konsep liberalisme yang membenarkan amalan homoseksual dipraktikkan.

Jadi apabila kita membaca tulisan terbaru di blognya, berkenaan undangan University of Sydney dan Australian National University, Canberra, kita tidak perlu terpengaruh dengan penggunaan bahasa yang sememangnya ditulis untuk audien Melayu, tetapi kita perlu kaji siapa ahli panel lain bersamanya.

Profesor Duncan Ivison seorang pejuang liberalisme [klik di sini] dan Lily Rahim, juga seorang liberalis [klik di sini], maka Anwar ?

Apatah lagi Anwar turut berjumpa semula dengan Michael Danby, Malcolm Turnbull dan Andrew Leigh, semakin jelas agendanya ke Australia.

Siapa Michael Danby ? Seorang Yahudi yang menjadi ahli parlimen Australia dan penyokong kuat Anwar Ibrahim kerana beliau memperjuangkan hak kaum homoseksual di dunia. Klik di sini