Sabtu, 4 Disember 2010

PANAS-PANAS-PANAS - KENAIKAN HARGA BARANG MEMBUATKAN PEMBANGKANG MENANG LOTERI 4D

BARANG - BARANG KAWALAN
 
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang-barang yang dikawal bekalannya.
 
1. Gula.
2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair.
3. Garam.
4. Simen dan klinker.
5. Tepung gandum.
6. Minyak masak.
7. Baja.
8. Ubat serangga.
9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah.
10. Bar bulat keluli lembut.
11. Minyak tanah.
12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara.
13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja).
14. Padi (Sabah sahaja).
15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred.
16. Bahanapi diesel.
17. Gas petroleum cecair (LPG)
18. Semua jenis roti.
19. Minyak bahanapi
20. Ayam

Semalam heboh pasal harag minyak , gula dan tepung naik. Barang yang naik tu ialah barang kawalan dan yang diberi subsidi oleh kerajaan, Harga naik kerana rakyat sudah kaya, hidup mewah boleh beli kompresor, Audi macam kereta milik Pas (PAS 7) .

Rumah dah besar-besar, makan di hotel dan restoran Tomyam. so apa salahnya kerajaan tarik balik subsidi , dapat juga kerajaan berjimat RM 4 Billion setiap tahun. Dan duit itu boleh buat jalan di kampung-kampung yang menyokong BN. Orang bandar tak payah jalan sebab mereka dah ramai beli 4X4. so gasak lah di atas jalan off road...

Jika kenaikan barangan tersebut membawa kesan kepada kehidupan manusia seperti mati kebuluran, boleh lah kerajaan bagi balik subsidi.

Satu lagi ialah kerajaan mahu rakyat tidak gemuk kerana banyak makan gula dan kerajaan dapat jimat duit beli ubat kencing manis yang berjuta ringgit tiap-tiap tahun untuk rawatan pesakit diabetis.

Naik harga minyak juga bagus sebab ia memberi kesan kepada mat rempit, maka kuranglah lumba haram dan kuranglah melayu yang mati katakl atau mampuih free di jalan raya .


Bila subsidi tepung ditarik sikit ia patut diambil kesempatan oleh rakyat Malaysia supaya menanam lebih banyak ubi kayu , keledek dan keladi. sebab petang-petang kita goreng ubi kayu, keledek, keladi, pisang dan lain-lain. 

Seorang kawan pernah mempersoalkan tentang tepung gandum. kata dia ,

"Gandum bukan asal dari Asia, kenapa dalam kueh mueh tradisi Melayu banyak menggunakan tepung gandum, mungkin orang Melayu zaman dahulu guna tepung ubi, sagu dan beras tetapi apabila penjajah memperkenalkan gandum maka kita gantikan ubi, sagu dan beras kepada gandum, tak percaya cuba ke Kuala Kangsar, selalu di sebelah Utara kita makan laksa yang dibuat dari beras tetapi di Kualeee depa guan tepung gandum" 


Wahai chef chef ternama di Malaysia cuba buat kajian hal ini. 


Bab minyak RON 95 yang naik 5 sen, TM hairan kepada berita kenaikan ini telah di spin terlebih dahulu oleh facebooker, twitter dan blog  pembangkang. Ini menunjukkan banyak dokumen sulit kerajaan telah bocor ketangan pihak pembangkang. 

Jadi sudah tentu dalam jabatan kerajaan diperingkat pengurusan terdapat ramai yang menyokong pembangkang. Mereka inilah yang membocorkan maklumat kenaikan harga barang yang dinaikan hari ini. 


KSN !!! jalankan sisatan anda.....Berani??


Rujukan mengenai subsidi klik di sini