PAS sebelum ini lantang mengkritik BN kononnya gagal mentadbir dan menipu rakyat selama 50 tahun.
Di bawah UMNO BN kadar jenayah tinggi, penduduk tidak selesa dan takut untuk keluar rumah, rompakan dan pembunuhan meningkat dan pelbagai lagi tohmahan mereka.
PAS merayu agar rakyat Malaysia menukar kerajaan yang ada dan memberi peluang kepada mereka (PR) untuk memerintah dan berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu mengubah kepada satu kehidupan yang lebih baik berbanding dengan BN.
Segala pembohongan dan janji PAS ternyata satu retorik politik. Pas yang membantu DAP menguasai Pulau Pinang gagal dalam janji pilihanraya mereka.
Pas dengan slogan PILIH ISLAM ANDA SELAMAT terbukti tidak menjadi. Pas hanya berjaya menjual slogan ISLAM sahaja tetapi gagal menggunakan ISLAM dalam pentadbirannya.
Pulau Pinang menjadi Darul Samseng dan Darul Maksiat dibawah naungan PAS.
PAS hanya menjadi tunggul kayu dan pecacai DAP sahaja. PAS gagal mentarbiah DAP untuk menyokong Islam Pas.
Baca seterusnya petikan di bawah
GEORGE TOWN: Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini malam Khamis.
Ketua Polis Timur Laut Asisten Komisioner (ACP) Gan Kong Meng berkata pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.
Beliau berkata dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira pukul 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan.
Katanya semua mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah di samping menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Menurutnya semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Gan berkata pemilik premis itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.