Terlalu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang, Pakatan cuba memancing undi guru.
Guru dilabelkan sebagai kakitangan yang bergaji kecil dan tidak terbela oleh BN dan Anwar akan bagi elaun RM500 setiap bulan.
Apa selama ni guru tak terbelakah? Rata-rata guru yang mula mengajar belum sampai setahun pun sudah mampu membeli kereta baru jenama mewah. Guru yang baru-baru membeli rumah berharga ratusan ribu ringgit. Setiap kali cuti terbang ke sana sini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Miskin lagi kah?
Beberapa tahun lalu Pak Lah telah meluluskan kenaikan gaji dan akibat 80 peratus guru sekolah membeli kereta baru.
Guru J-Qaf yang diambil daripada lulusan ijazah pertama dari pelbagai bidang agama yang dahulunya menganggur kini tersenyum riang dengan gred gaji DG 41.
Kerajaan BN sudah cukup menjaga dan membela nasib guru. Guru yang mengajar dipedalam Sarawak dan Sabah juga menikmati elaun khas RM 1500 sebulan.
Satu persoalan kepada PR, dalam seratus hari berjanji nak bagi RM500, dari mana datang duit tu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.