Tembelang telah pecah setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan mendakwa, dia menerima rujukan tafsiran al-Quran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini daripada seorang rakan bergelar ustaz dalam parti PAS
Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, dia tidak menokok tambah tafsiran yang diberikan oleh Ustaz PAS itu melainkan mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh rakannya (Ustaz PAS) itu.
"Sama ada saya buat salah atau tidak, Ustaz PAS itu akan menjelaskannya kelak,'' katanya ketika dihubungi malam tadi.
Kesavan memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
Terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun''.
Sebaliknya tafsiran sebenar ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka".
Mungkin Ustaz itu kata "lantaklah bukannya orang tahu, kau kelentong jer asalkan orang Melayu tertarik dengan kau"
Ia jelas menunjukkan Pas sengaja melepaskan bom jangka dalam kongres tersebut supaya Pkr terus dikritik dan dihina oleh rakyat Malaysia. Busuk dan jahatnya Pas.
Rujuk : Pengundi rapat setia