Rabu, 29 Disember 2010

Politik PR

SEKALI sekali saya rasa pelik dengan tindakan pimpinan PR. Apakah mereka baru sehari dua ni berpolitik? Jawapannya tentu tidak. Bahkan ada antara mereka yang telah berdekat-dekat berpolitik.

 

Justeru takkanlah mereka masih termanggu-manggu dengan tindakan musuh politik mereka iaini BN. Kalau saya jadi pimpinan BN pun, mati-matian saya tak akan serahkan Putrajaya secara mudah kepada PR. Bahkan tentunya saya berfikir macam mana nak telingkupkan PR di mana-mana negeri yang diperintah termasuklah Kelantan.

 

Usahlah pimpinan PR berpegang dengan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang, tata rukun negara dan bermacam-macam fahaman dalam berpolitik. Apa yang saya faham politik ialah apa yang kita inginkan dan bagaimana ingin mendapatkannya. Setelah kita perolehinya, carilah alasan untuk menjustifikasikan tindakan yang mendatangkan hasil itu. Masalah adil atau sebaliknya, dunia politik bukanlah tempat yang sesuai untuk dipersoalkan segalanya itu.

 

Apa yang terjadi semenjak saya faham politik iaini di Terengganu mulai 1999, di Perak 2008 dan lebih lama lagi di Kelantan (masa tu saya hanya perhati tanpa faham politik) seawal 1990, mempertahan kuasa adalah segala-galanya bagi BN.

 

Apa yang berlaku di Selangor sebagaimana laporan HarakahDaily Khusrin: Pusat cuba 'guling' Selangor hanya mengukuhkan kepercayaan saya tersebut. Apakah mungkin PR sekali lagi akan terperangkap dalam keghairahan mereka menawan Putrajaya?

 

BN sekali tewas tentunya telah mengambil pelajaran atas ketewasan tersebut dan berusaha mengelak diri dari tertewas lagi. Sifat bangsa, raja, agama dan seumpamanya tentu akan dapat dijadikan justifikasi untuk sebarang tindakan. Tinggallah PR dengan pelbagai semangat sama ada federalisme, kedaulatan undang-undang dan ketuanan rakyat untuk dilaungkan setelah apa yang ada di tangan terlepas.

 

Saya hanya mengharapkan politik itu dijadikan wadah terbaik untuk membawa rakyat ke jalan redha Ilahi. – 23 Muharam 1432H.

at 1:13 PM ⁠0 comments
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.