IPOH: Seorang pelajar yang baru selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Km 28.6 Jalan Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Sungai Siput semalam.
Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Wan Ishak berkata, Mohd Azam Ahmad Loothpi, 17, dari Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput, mati di tempat kejadian dalam nahas pada 4.30 petang itu.
Pelajar Sekolah Menengah Toh Muda Abdul Aziz itu mengalami cedera parah di badan dan kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.
Wan Abdulah berkata kejadian berlaku ketika motosikal Mohd Azam merempuh belakang sebuah kereta yang membelok ke kanan jalan.
"Akibat itu, dia jatuh dan dirempuh sebuah kereta lain," katanya.
Ketika kejadian, Mohd Azam dalam perjalanan ke rumahnya selepas selesai mengambil peperiksaan SPM di sekolahnya.
Tahun lepas seorang calon SMK Convent Ipoh juga terlibat dengan nahas maut selepas selesai SPM, kejadian berlaku di Jalan Ipoh Gopeng.
Minggu lalu juga seorang calon Spm dari Taiping terlibat dengan kemalangan maut di jalan Klian Pauh Kamunting.
Kepada remaja jangan lah melulu atau nak jadi hero di jalan raya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.