SEPANG 10 Jan- Nampaknya kerajaan negeri Selangor masih tidak habis-habis mahu menimbulkan isu air di Selangor, sehingga mengheret sama rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam isu tersebut, ujar Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran.
Tambahnya, kerajaan negeri kini mula mengguna dan menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk `Kempen Tandatangan Selamatkan Air Selangor' di pasar-pasar malam atau pasar-pasar tani bagi mendapatkan sokongan berkenaan isu air di Selangor.
"Saya yakin dan percaya, dalam hal ini, Kerajaan Negeri sebenarnya tahu bahawa mereka sudah tidak mampu untuk menanggung subsidi pemberian air percuma di Selangor. Itu belum lagi tuntutan bagi pengguna meter pukal yang masih lagi tidak pernah menikmati pemberian air percuma pada mereka.
Oleh itu mereka sedaya upaya cuba untuk menjadikan kelemahan mereka sebagai satu kesalahan pada kerajaan Barisan Nasional pula," ujarnya kepada UMNO-Online bagi mengulas isu tersebut.
"Saya yakin janji-janji mereka sebelum PRU12 akan hanya tinggal janji. Saya turut yakin jika kerajaan negeri gagal untuk membeli Syabas, maka pemberian air percuma sebanyak 20m3 sebulan pasti akan tamat tidak lama lagi.
Kita juga rasa kecewa dengan gerakaan mereka menggunakan PBT untuk kempen tandatangan di pasar malam dan di pasar tani sedangkan lebih banyak kerja-kerja berfaedah lain boleh dibuat oleh PBT ini daripada melaksanakan agenda politik kerajaan negeri yang nampak begitu terdesak sekarang," tambahnya lagi- MediaUMNO
Share|
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.