As-Salam…..
Tahniah di atas tulisan saudara tu…. Mcm nujum pak belalang lah… boleh tau dgn pasti jika tukar kerajaan dr BN ke PR semua selamat dan harga barang boleh turun dan tidak naik2 lagi…. Bagus betul saudara ni kan ….mcm ahli politik berucap ketika kempen piliharaya sahaja…..
Saya agak muskil dgn kenyataan kawan2 kita disini, rata2 yakin jika kita undi PR dan PR jadi kerajaan mereka lebih baik dr kerajaan BN. Setelah PR menang di beberapa negeri dan jadi kerajaan di sana , apa perubahan dan apa yg telah dilakukan mereka?
Di Kedah, harga air naik juga, cukai tanah dan pintu di perbandaran Alor Setar juga naik melambung,
Di Penang harga air juga naik, harag rumah yang di buat PDC juga naik melambung, cukai tanah dan pintu naik, parking naik, saman majlis perbandaran melambak2, rampas harta tanah org juga menjadi2 (janji pilaihan raya akan selamatkan Kg Buah Pala, Kg Asam dan juga Kg2 yg lain). Pengambilan tanah2 oleh kerajaan negeri juga menjadi2 (harga murah) dgn alasan untuk pembangunan tp bagi universiti swasta luar Negara dan swasta utk bangunkan…. Jika di beli oleh swasta mahal.
Di Selangor penyelenwengan pasir dan hasil bumi juga menjadi2, harga air juga naik, cukai pintu dan tanah juga naik……sesiapa boleh tolong sambung tak? Sy dah tak larat nak tulis dah…..
Jadi dimana yg dikatakan KERAjaan PR tu lebih baik dari KERAjaan BN? Dari pemerhatian sy yg tidak berparti ni dua2 sama saja….bila dah naik jadi KERAjaan semua lupa diri dan lupa janji kepada rakyat dan janji kepada ALLAH. Sebut pasal elaun/ subsidi, Exco PR pun sapu juga elaun yg mereka dapat so sama je dgn BN….
Pernah ada penyokong kerajaan PR di Penang bagi tau kat sy yang EXCO kerajaan PR amik rasuah kerana terpaksa dan Kerajaan BN amik rasuah kerana suka…. Peh…berbeza tu….. Paksa dan suka…. Tp tentang rasuah sama juga….ha..ha….. politik …. Politik….. kotor betul ahli politik kita ye tak……
Siapa nak undi wakil rakyat yg amik rasuah kerana terpaksa….pilihlah….. rasa2nya ada yg kena paksa dgn pistol kot utk amik rasuah tu…ha..ha….