Selasa, 11 Januari 2011
PANDANGAN PEMBACA TERHADAP POLITIK
W’salam….
Saudara Joko…. Terima kasih atas teguran itu…. Tapi kenapa sy saja yg saudara tegur, menyebar fitnah, kebodohan dan kedangkalan? Sedangkan sahabat2 yg lain terutama yg menyangah kerajaan BN, mereka juga tidak menyajikan fakta atau dalil. Mereka lebih teruk, siap maki hamun dan mengelar org lain dgn berbagai gelaran…mungkin terlepas pandang kot spt yg Dr Fadilah Kamsah selalu katakan….
Ingin sy nyatakan disini sy dulu adalah ahli UMNO, pernah menyandang jawatan di cawangan. Sy juga pernah meletakkan jawatan kerana menyokong DSAI dan menjadi penyokong beliau ketika beliau di penjarakan. Sehingga PR menang dan menjadi kerajaan di 5 buah negeri. Ketika Perak jatuh ketangan BN semula sy juga turut menangis.
Tetapi akhirnya sy sedar PR juga tidak berbeza dr BN. Bila dah jadi kerajaan mereka juga lupa diri dan lupa janji ikrar yg mereka lafaz dgn nama Allah.
Sy adalah anak Perak dan menetap kini di Penang . Ketika DSAI di buang dr kerajaan dan di penjarakan. Mufti Perak dan Sultan Perak secara tidak langsung dilihat seperti menyokong DSAI. Siri2 ceramah oleh PAS (yg banyak menyokong DSAI) dan sedikit sokongan dr DAP yg telah di buat memuji Dato Harunsani dan Sultan Azlan Shah. Mereka di katakana org yg tau undang2 dan bijak pandai. Puji2an setinggi mengunung di berikan kpd mereka. Tetapi setelah kerajaan PR tumbang di Perak, mereka di cemuh dan dikatakan org yg bodoh dan tidak tau undang2….. beginilah sifat yg terpuji yg ditunjukkan oleh PR. Mengecewakan pada sy… bila sesorang menyokong mereka, mereka itu dipuji, di gelar ayahanda, terpelajar, bijak, yg arif dan berbagai lagi…. Tetapi jika sesorang itu tidak lagi menyokong atau cuba menegur mereka, maka org itu dicemuh dgn teruk sekali. Sy pernah mendengar sendiri dr mulut seorang ahli parliament dr PAS.
DAP pula cuba memecah belah kan org2 melayu agar mereka boleh memerentah dan menjatuhkan org2 melayu. Jika kesamaan yg mereka laung2kan itu hanya penipuan semata. Di Penang skrg ini mana dia kesamaan yg mereka laung2kan…..
Boleh kah saudara senaraikan (fakta) kejayaan dan kebaikan yg telah dilakukan oleh PR di negeri2 yg mereka perintah sekarang? Sy nampak tidak banyak mungkin sy yg terlepas pandang…..