Selasa, 11 Januari 2011

PAS KATA UMNO TAK ISLAM: PKR DAN DAP BAGAIMANA?

Salam semua,
 
Amat bersetuju dengan tulisan joko. Asas penggabungan hendaklah meletakkan Islam sebagai asas perpaduan tersebut. Saya melihat Pas telah bersikap terbuka dan membuktikan keikhlasan dalam hal ini apabila TG Nik Abdul mengatakan bahawa PAS akan dibubarkan sekiranya UMNO telah melaksanakan islam mengikut acuan Rasullullah.(tetapi mcm biasalah, kenyataan ini tidak pernah dihebahkan dalam media perdana...sbb tu ramai tak tahu. tp kalau tanya penyokong Pas tegar, pasti dia tau). Dalam hal ini, pintu perpaduan telah dibuka seluas-luasnya oleh PAS. UMNO pula yg telah lebih 50 tahun berkuasa hanya perlu melaksanakan islam seperti ajaran rasulullah sahaja, untuk PAS dibubarkan dan akhirnye semua umat bersatu dibawah UMNO.
 
Tetapi, adakah UMNO melaksanakan pemerintahan islam tersebut?.....Adakah islam didaulatkan setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah?...Di mana muda taraf muda mudi islam kini?...bagaimana dgn lambakan hiburan yg jelas bertentangan dgn islam diberi kedudukan istemewa dalam media perdana?...rokok, arak, judi dibiar berleluasa?..kehidupan pemimppin UMNO yg penuh dgn kemaksiatan....
 
Adakah dengan UMNO dlm keadaan masih meneruskan dasar yg bertentangan dgn islam ini, maka PAS perlu dibubarkan?...ataupun perlu berpadu dgn UMNO demi ketuanan melayu kononnya?...Apakah akan terjadi sekiranya Pas telah dibubarkan atau pun bersama UMNO, tetapi dasar taghut dalam pemerintahan ini tetap diteruskan oleh UMNO?...Adakah orang yg cintakan Islam perlu bermula dari A semula utk menubuhkan kembali PAS dan memulakan kekuatan PAS dari mula?..tidakkah ini merugikan islam?
 
Tidak sama sekali. mereka yg cintakan islam pasti tidak mahu Pas dibubarkan ataupun bersama UMNO selagi dasar yg jelas bertentangan dgn syariat islam masih diamalkan oleh UMNO/BN. Sekarang, kunci perpaduan hanya terletak ditangan UMNO....UMNO hanya perlu kembali kpd al-quran dan As-sunnah, nescaya semua umat islam akan berpadu dibawah nye....