Pas sememangnya suka mencabar UMNO untuk berdebat. Sebelum Ini Pemuda Pas Perak telah mencabar TM dan Perak Today untuk berdebat tetapi pihak kami enggan melayan kerana dalam dunia hari ini media internet dilihat lebih baik sebagai medan perdebatan berbanding daripada berhujah secara lisan dan tanpa skrip.
Sabtu lepas telah dijadualkan akan berlangsung satu majlis debat tertutup. Pemuda Pas telah mencabar Pemuda Umno untuk berdebat dan cabaran diterima oleh Ketua Pemuda Umno Larut Saudara Annuar Ariffin dengan bersyarat.
Syaratnya ialah ia diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri oleh 50 penyokong masing masing. Tempat, masa dan urusan permit semuanya adalah urusan Pas.
Cadangan awal ialah diadakkan di dewan serba guna Padang Astaka Batu Kurau dan kemudiannya diubah ke Selama Perak.
Pas telah memohon permit tetap tidak diluluskan. Rupa-rupanya punca permit tidak diluluskan ialah Pas memohon untuk 'debat terbuka' seperti ceramah umum.
Sudah tentu pihak PDRM tidak akan meluluskan permohonan tersebut. Dalam masa yang sama Pas telah memasang banner dan flyers bahawa debat akan berlangsung mengikut jadual walhal permit belum diluluskan.
Apabila PDRM menolak permohonan mereka dan debat terbatal dengan sendirinya. Polis akan bertindak sekiranya debat diteruskan.
Pemuda Umno akur dengan arahan polis dan tidak hadir ke lokasi tersebut kerana menghormati undang-undang.
Hari ini Pas , Harakah dan Malaysiakini telah menukar cerita kononnya Pemuda Umno telah berpakat dengan polis supaya tidak membenarkan debat diadakan.
Sebenarnya dari awal lagi Pemuda Pas telah gabra apabila cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Larut telah disambut baik oleh Saudara Anuar Ariffin tetapi secara intelektual dan tertutup.
Saudara Nazri Din Ketua Pemuda Larut terkejut dengan keberanian Umno untuk debat dan Nazri Din mencari alasan untuk menggantikan dengan orang lain yang lebih handal dalam perdebatan.
Sejak itu Nazri Din berdolak dalik dalam dan cara terbaik untuk membatalkan debat ialah dengan menipu syarat yang dipersetujui. Pas mohon permit debat terbuka dan Nazri berjaya dalam agenda pembelitnya.
Saudara Annuar menyatakan dan berdiri teguh untuk terus berdebat dengan Nazri Din tetapi mesti dibuat secara tertutup. Ini kerana debat Pas Umno yang pernah diadakan, Pas siap dengan tukang 'BOOO'. Ini menyebabkan suasana tidak selesa dan menjadi tegang. Rusuhan boleh berlaku.
Lihat sahaja debat Anwar Ibrahin dengan Sabrey Chek tempoh hari. Pas datang dalam jumlah yang besar dan cuba mencetuskan huru hara di luar dewan.
Wahai. Nazri Din yang dah tukar jantina. Kenapalah engkau gementar, bacul, kecut dan munafik. Berkata benarlah kamu dan rentikan daripada menabur fitnah kononnya Umno penakut
Jadilah anak jantan, bersiaplah sebagai pendekar dan siapkan gelanggang sekali lagi dan bersilatlah kamu dengan penuh gentleman dengan Annuar pendekar Umno.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.