Isnin, 17 Januari 2011

SIAPA NORMALA SUDIRMAN

Kaki bangkang yang keras kepala
Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang. Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang 1997 dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis. Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat. [Ini membuktikan bahawa ramai guru-guru yang menentang kerajaan.]

Persoalan nya ialah apakah penglibatan cergasnya dalam parti mendapat izin daripada Kementerian Pelajaran?

Normala anak kepada peserta rancangan FELCRA. yang berasal dari Kampung Serom merupakan anak sulong keluarga Sudirman dan Mukmini Yahaya pasangan perneroka Felcra. 


Ibu bapanya hidup susah dan sentiasa berharapkan anak sulongnya berjaya menjadi seorang yang dapat mengeluarkan keluarganya dari kepompong kemiskinan.


Walaupun mempunyai kelulusan SPM cukup makan yang setaraf SAP , beliau berjaya dibantu oleh Umno Labis untuk masuk ke Maktab Perguruan dengan harapan dapat kembali dan menabur bakti kepada anak-anak kampungnya.


Sekembalinya beliau ke kampungnya, minda beliau telah dihasut oleh oleh Pas dan juga guru-guru yang menjadi ahli tegar Pas yang makan duit kerajaan BN. 

[Pas akan kata duit kerajaan , duit rakyat dan halal dimakan, walaupun baru-baru ini ada fatwa baru menyatakan haram mengambil pemberian kerajaan BN tetapi duit halal.]


Penglibatannya dalam Pas menyebabkan beliau mengabaikan tugas beliau yang diamanahkan oleh kerajaan untuk mendidik anak bangsa. 

Normala semakin begis dan semakin kuat melawan. Di sekolah beliau adallah kaki bangkang, apa sahaja program sekolah pasti dia menolaknya. Waktu mesyuarat kerap ponteng dengan alasan menunaikan solat zohor. 


Normala menjadi duri dalam daging kepada sekolahnya dan oleh kerana kepala angin beliau tidak memikirkan masa depan keluarga dan ibu bapa nya , beliau telah meletakkan jawatan dengan alasan untuk bergiat cergas dalam politik Pas yang menjanjikan pendapatan lebih lumayan daripada makan gaji sebagai guru. 

Sebelum ini adun Titi Serong YB Khairil Idham Lim adalah contoh guru yang meletakkan jawatan dan berjaya menjadi wakil rakyat. 


Keputusan meletakkan jawatan memberi kejutan besar kepada kedua ibubapa nya. Tanpa mendapat restu ibu bapa Cikgu Mala dengan begitu bersahaja melepaskan jawatan yang disandang lebih daripada 10 tahun.


Mungkin Normala berkata kalau kalah pun dia masih boleh bergantung hidup kepada suami kerana suaminya juga merupakan seorang guru yang hidupnya makan gaji dengan kerajaan BN. 


Cikgu Mala telah menderhaka kepada kedua ibu bapanya kerana membuat keputusan yang tidak direstuai oleh kedua ibubapanya.


Jika beliau seorang kaki komplen, kaki bangkang di sekolah , bagaimanakah rupa dan keadaannya sekiranya bergelar YB mewakil Dun Tenang. 


Sudah tentu beliau akan bertambah sombong dan bongkak terutama kepada pengundi yang menyokong BN. 


Hari ini dimana-mana kita pergi baik Taiping,  Bintangor Sarawak, Pantai Remis  semuanya diwakili oleh pembangkang seperti Dap dan Pas. Rakyat memang terasa kerana aduan dan suara rakyat kepada wakil mereka tidak mendapat respon, mereka lebih suka membisu. Hantar surat tidak berjawab. buat panggilan telefon ke pejabat tidak dilayan. 


Jika begini keadaannya Cikgu Mala pun apa kurangnya. Dia nak dapat sumber kewangan dari mana untuk membantu penduduk Tenang. 


Sudahlah cukup sekali, tak akan pisang berbuah dua kali. Tinggalkan Pas, tinggalkan Pkr yang banyak membuat fitnah. 

Suami Cikgu Mala juga patut meletakkan jawatan 24 jam serta kerana suaminya juga merupakan talibarut Pas yang menyebabkan isterinya menentang kerajaan. Hari ini dikhabarkan suaminya telah diarah bertukar ke sekolah lain serta merta. [ berita dari Pas untuk menimbulkan kemarahan pengundi terhadap kerajaan].