- Seorang pesara tentera, tamat tugas di Taiping dalam Kagat, pangkat terakhir Staf Sarjan
- Kini menjadi Imam di Masjid Kpg Expo Kamunting.
- Penceramah majlis ilmu di seluruh masjid dan surau yang dikuasai Pas daerah LMS.
- Terima elaun bulanan sebagai Imam dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak
- Terima wang pencen dari tentera tetapi setiap hari setiap masa mengutuk kerajaan
- Sewaktu berceramah agama, beliau sentiasa hentam dan aibkan peribadi orang lebih-lebih lagi jiran-jiran yang tidak menyokong Pas.
- Setiap kali berceramah dalam kuliah agama mesti sentuh tentang politik dan menyeru agar menyokong Pas.
- Setiap kali naik ke mimbar menjadi khatib solat Jumaat , beliau tidak membaca teks khutbah yang disediakan oleh Majlis Islam Perak. Teks disediakan sendiri olehnya dan mengambil masa yang panjang. Ia juga tidak memberi keselesaan kepada jemaah yang akan masuk kerja jam 2.00 petang terutama pekerja kilang.
- Setiap Jumaat seolah-olah hari keramat bagi beliau kerana hari yang memberi peluang untuk beliau berceramah politilk dalam khutbah. Khutbah juga menghentam jiran-jiran yang tak kena dengannya selain menghentam pentadbiran DS Najib dan DS Dr Zambry.
- Bermusuh dengan jiran-jiran kerana tidak menyokong Pas. Tidak hadir ke majlis majlis kenduri atau kematian jiran yang tidak menyokong Pas.
- Apabila ramai jemaah yang enggan ke masjid Kg Expo dan berpakat untuk berjemaah di dewan Kemas di Jalan Kolam 8, beliau menghukum jemaah dan imam yang bersolat di Dewan Kemas sebagai Kafir dan tidak sah solat kerana Imam tidak mempunyai tauliah.
- Beliau juga sering menyindir atau memalukan atau menempelak jiran-jiran dalam ceramah dan khutbah dan menyebab jemaah yang dikategorikan sebagai warga tua di kampung tidak pergi berjemaah di masjid tersebut sebaliknya ke Masjid Jamek Kamunting.
- Beliau semasa bertugas di Kamunting , pernah ditukarkan ke Kuching Sarawak dalam tempoh 24 jam kerana mengadakan ceramah yang melanggar akta tentera dan dalam cermah itu ialah menghentam kerajaan.
- Sebelum berangkat ke Sarawak beliau sempat membaca khutbah solat sunat Aidil Fitri dan isinya penuh dengan hentaman terhadap kerajaan dan solat tersebut yang berakhir paling lewat ini kerana jemaah di masjid jamek dan surau lain sudah lama habis. Itulah pengalam paling mengganggu emosi jemaah.
- Semasa ketiadaan beliau jemaah masjid kembali normal di bawah Imam Wahid. Cuma selepas rampasan kuasa oleh Pas terhadap AJK Surau diri Jumaat dan perpindahan Ustaz Monolito ke kampung ini gerakan Pas kembali aktif.
- Dalam bulan puasa selepas rampasan kuasa . Surau diri Jumaat telah menukar format solat sunat terawih dari 20 rakaat kepada 8 rakaat dan tazkirah politik mengambil tempat selepas rakaat ke empat.
- Beliau sering dalam doanya mengajak dan menyeru penduduk Kg Expo supaya menerima dan menyokong perjuangan Pas.
- Jika terdapat PRK seperti di Permatang Pauh. Bukit Gantang, Manek Urai dan sebagainya , beliau akan mengambil kesempatan berceramah politik, mengajak jemaah bersolat hajat serta mendoakan kemenangan Pas. Beliau juga akan melancarkan tabung derma untuk jentera pilihanraya Pas.
- Hari ini beliau tidak lagi memonopoli khutbah Jumaat kerana jemaah mula tidak senang dengan beliau dan sejak TM mengkritik beliau tahun lalu. Walaupun Khatib bertukar tetapi teks khutbah adalah tetap ditulis oleh beliau , ini berdasarkan isi teks khutbah tersebut hampir sama dan sentiasa diulang-ulang.
- Dalam bulan puasa yang lalu, solat terawih tidak dibuat kerana AJK sibuk melayan ahli DAP dan ceramah politik dalam tazkirah.
- Berhampiran rumah beliau telah wujud sebuah markas Pas dan sering mengadakan ceramah politik. Setiap kali ceramah diadakan, beliau akan memasang pembesar suara sekuat-kuatnya dan menghala ke rumah jiran-jiran supaya mendengar ceramahnya. Penduduk terpaksa menahan marah kerana ia mengganggu ketenteraman penduduk terutama kanak-kanak kecil, anak-anak yang belajar dan orang-orang tua yang terlantar sakit. Ceramah tidak akan tamat selagi jarum jam tidak berhimpun pada angka 12.
- Sebagai seorang pesara tentera beliau banyak menghabiskan masanya dengan berjogging di sebelah pagi. Seluruh kawasan kampung akan dilaluinya. Pada kesempatan itu beliau akan melihat setiap rumah-rumah penduduk. Dia akan meihat isteri siapa yang keluar menjemur kain tak menutup kepala. Dia juga akan memerhati bini sipolan itu sidai seluar dalam warna apa dan semua ini akan menjadi modal kuliah ilmunya.
- Bersambung
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.