Rabu, 16 Februari 2011

Kalah debat di Dewan Undangan Negeri, Nizar bawa isu ke jalanan dan pentas ceramah



Pada 7 February 2011, di sebuah kampung di Bahagian Bukit Gantang , Nizar Al Kuda Kayu Dap telah mencela Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Mufti Perak Tan Sri Harussani sebagai munafik.

Tuduhan munafik dilemparkan oleh Nizar yang sengaja menjadikan peristiwa menaikkan tiang seri dalam projek perumahan oleh Yayasan Bina Upaya.

Zambry hadir sebagai tetamu dan dalam upacara ringkas itu Zambry diminta oleh penduduk untuk sama-sama membaca doa selamat dan ditambah dengan adat istiadat menaikkan tiang seri dengan upacara yang penuh simbolik oleh penduduk setempat.

Sudah menjadi adat melayu dalam pembinaan rumah akan mengadakan beberapa upacara simbolik adat adat melayu seperti menandakan tiang dengan kain berwarna atau ikatan benang dan ada yang meletakkan batu permata pada tiang seri tersebut.

Salah satu kepercayaan orang dahulu ialah untuk menjauhkan gangguan makhluk halus, ini kerana banyak kayu kayan dibawa keluar dari hutan tebal.

Banyak peristiwa seperti makhluk asing mengganggu penghuni apabila rumah mula diduduki oleh itu orang dahulu masih ramai yang mengamalkan adat adat sebegini.

Bagi masyarakat Minangkabau pula, majlis menegakkan tiang seri ini menjadi simbol kemegahan pemilik rumah berkenaan. Biasanya sebuah rumah akan didirikan dan akan diwarisi oleh kaum perempuan. Majlis juga akan diadakan dengan bacaan doa selamat dan lain-lain adat dan ritual tradisi melayu.

Bangsa melayu kaya dengan adat. Dalam istiadat perminangan, nikah kawin, berinai, berkhatan, berkhatam quran, majlis bercukur, lenggang perut, berendui dan sebagainya menjadikan melayu itu kaya dengan adat.

Bagaimanapun hari ini dengan perkembangan Islam, banyak adat adat yang dikhuatirkan boleh membawa kepada unsur pujaan kepada kuasa kuasa ghaib atau anamisme telah ditinggalkan.

Apa yang berlaku di Manong itu tidak ada kena mengena dengan Zambry yang hadir sebagai tetamu.

Setakat hari ini Yayasan Bina Upaya telah membina berbelas belas buah rumah untuk penduduk miskin dan tidak satu pun yang mendapat arahan Zambry atau YBU untuk mengadakan doa-doa dan istiadat sedemikian rupa.

Oleh itu tuduhan Nizar menyatakan Zambry mengamalkan amalan kurafat adalah tidak benar.

Nizar telah membawa isu ini untuk diperdebatkan dalam dewan dun dan ternyata ia memakan diri sendiri.

Sebagai seorang yang berketurunan Cina yang kurang kefahaman islam dan adat adat melayu Nizar sengaja menjadikan dirinya sebagai seorang yang munafik dan fasik.

Nizar cuba berlagak untuk menjadi seorang ulama Pas dan bercita cita untuk menjadi Mursidul Am Pas menggantikan Nik Aziz.

Hari ini MP Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang merupakan wakil rakyat yang makan gaji buta. Ini kerana beliau tidak menunjukkan satu kerja pun di kedua-dua kawasan yang diwakilinya. Projek yang berjalan ialah mengadakan ceramah politik dan mengedarkan risalah seperti di atas.

Nizar juga akan meninggalkan Bukit Gantang dan akan bertanding di Bagan Datoh menentang DS Ahmad Zahid Hamid.  Nizar tahu rekod perkhidmatannya di Bukit Gantang amat buruk. Beliau langsung tidak turun padang untuk melihat pengundinya. Semuanya main remote control dari jauh. Sebelum kalah dalam PRU elok angkat kaki awal-awal.

Kegemarannya ialah menghadiri majlis kenduri orang walaupun tidak diundang. Bila sampai dan lepas makan . Sibuk pula minta izin tuan rumah untuk berceramah.

Untuk pengetahuan pembaca. Kenderaan 4x4 milik Pas adalah sumbangan Dap. Kenderaan tersebut dilengkapi dgn PA system yang sedia digunakan bila-bila masa.

Risalah di atas telah diedarkan oleh Nizar di seluruh Perak melalui ceramah dan juga diletakkan dalam kawasan masjid. Risalah diatas diperoleh dari Masjid Pangkalan Aur , Taiping yang diedarkan Jumaat lepas bersamaan 11 Februari 2011. Risalah tersebut adalah satu kesalahan di bawah akta cetak. 




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.