Kemalangan seawal pagi sebelum jam 7.00 melibatkan sebuah van dan dua pekerja warga Bangla yang menunggang sebuah basikal untuk pergi bekerja di sebuah kilang yang berhampiran.
Kemalangan ini dapat dielakkan sekiranya pihak bertanggung jawab dapat membina pembahagi jalan konkrit sepanjang jelantas baru sehinggalah ke bulatan antara Kilang Sardin dan Depoh Bas Konsortium Bas Ekspress
Satu hal lagi ialah sikap warga Bangla yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. menunggang basikal di kiri kanan dan melintas jalan sesuka hati. Sebelum ini kerap berlaku kemalangan kecil antara penggunua kenderaan lain dengan warga Bangla ini tetapi tidak serius atau cedera teruk.
Bayangkan , anda sedang memandu kereta dan membelok masuk lorong sebelas membuat pusingan pada bulatan berhampiran , tetiba Bangla menunggang basikal dalam kumpulan menghala ke arah anda. Bagaimana rasanya bila keadaan gelap sebelum 7 pagi?
TM menyeru supaya Majlis Perbandaran Taiping dapat mengambil tindakan segera dalam perkara ini.
Basikal warga Bangla hancur |
Mangsa yang selamat |
Mayat di bawah van |