Di Kerdau Anwar sebu seperti kaburetor masuk air, semput dan hilang arah pengucapannya. Pun begitu, Anwar tidak pernah berdendam atau merancang untuk menyaman Hafilda. Ini kerana adik bongsu Azmin Ali mempunyai aura dan Anwar teramat gila bayang terhadapnya, bak kata P Ramle ,, tengok air nampak Ummi. tengok bulan nampak Ummi, tengok patung kat butik pun nampak Umi . SO mana boleh saman Ummi.
http://hemisfera.wordpress.com/2011/03/08/most-damning-thingy/
Perkara yang paling merosakkan kredibiliti dan kebolehpercayaan masyarakat kepada kebenaran yang diperjuang Anwar Berahim adalah keengganan berterusan Anwar Berahim untuk mengemukakan tindakan saman terhadap Ummi Hafilda.
Sedangkan kita tahu yang Anwar Berahim cukup suka menyaman orang, walau hanya sebaris ayat yang diluahkan.
Tapi, tidak dengan Ummi Hafilda. Walau naik lembik badan kena balun dengan Ummi Hafilda, secara berdepan-depan sewaktu PRK Kerdau, Anwar Berahim memilih untuk melarikan diri.
Jika di dalam ceramah beliau sebelum PRK Kerdau (dan juga ceramah terbaru Anwar Berahim di kampungnya sendiri), Anwar berdegar-degar membohong orang ramai yang beliau boleh jawab apa-apa yang terkeluar dari Ummi Hafilda, anytime, anywhere.
Tapi, bila dah duduk berdebat depan-depan, terus lari.
Memang damning. Jikalau masih ada sisa-sisa penyokong fanatik Anwar Berahim yang masih hendak berpegang kepada keting kaki Anwar Berahim ni, rajin-rajin lah berfikir dengan kepala otak tu, kenapa perkara sebegini terjadi.
Kenapa Awar takut sangat nak saman Ummi Hafilda tu. Dikatanya perempuan tu cuma nyamuk, dikatanya perempuan tu ‘is nothing’, ‘small fries’ cuma. Kata nak lawan tetap lawan. Tapi… sampai sekarang tak jadi apa pun.
Dengar ceritanya masih banyak perkara yang masih dipegang Ummi Hafilda berkenaan kisah trilogik cinta Anwar-Shamsidar-Azmin, perkara yang lebih damaging, lebih damning, lebih sensasi daripada apa yang telahpun diketahui umum sekarang.
Masa tu, nak jadi macamana lah pulak, kan? Saya bukan suka pun, menyaksikan seorang individu, sebuah keluarga, dilondehkan kisah peribadi dan cerita memalukan sebagaimana yang terjadi sekarang. Entah-lah, mungkin bukan adat kita nak mencuci kain kotor di khalayak sebegini. Kadang-kadang rasa tak selesa dengan serangan-serangan sebegini. Dan saya tahu, ramai di kalangan masyarakat yang berperasaan serupa.
Tapi, on the other hand, dah orang tu degil sangat. Nak berpegang kepada kuasa selama mana yang boleh, dengan cara apa pun. Entah kebenaran apa yang cuba dicari oleh Anwar Berahim, yang sebenarnya mudah untuk diselesaikan, dengan pelbagai cara yang telahpun ditawarkan kepadanya, yang telahpun ditolak dan diabaikan sendiri oleh Anwar Berahim.
Bersumpah boleh, kasi saman Ummi boleh. Tapi, kenapa tak buat-buat?
Sumber : blog Hemisfera