YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang (kaya tu makan 2 gaji) telah mengkritik isu saman ekor.
Hujahnya mudah saja , iaitu "kerajaan mendera rakyat , bukan mendidik rakyat".
Maksud Hadi bila rakyat berbaris panjang untuk membayar saman, maka itu dianggap sebagai 'penderaan'.
Mungkin Hadi Awang terlalu ghairah untuk bercakap sampai beliau lupa bahawa PDRM sudah menyeru sejak bulan Ogos tahun lalu lagi, supaya pesalah trafik membayar saman awal.
Hadi Awang juga lupa bahawa dalam urusan di Padang Mahsyar nanti manusia akan berbaris dan berkumpul bersama imam-imam mereka. Apakah Allah juga mendera umatnya?