Masalah blogger pro kerajaan selalu juga menjadi isu panas, isu terbaru ialah di Merlimau. Flying Kick dah bercerita panjang dalam artikelnya beberap hari lepas dan dipetik untuk ulang siar di blog ini.
Memanglah lumrah alam setiap yang baru mempunyai masalah. ia berpunca dari pelbagai sebab yang kalau nak dirungkaikan terlalu panjang.
Salah satu sebab ialah kerana kita terlalu ghairah dan terbabas dari landasan asal. Misi dan Visi tidak yang disetkan pada awalnya tidak dipatuhi.
Seperkara lagi ialah ramai yang ingin menjadi imam tetapi kurang arif atau mempunyai kepentingan peribadi.
Dunia blogger ini telah lama wujud, seingat TM lah sebelum PRU 12 telah beberapa blogger yang telah mula menguasai media maya ini. Antaranya ialah blog yang dimiliki oleh Rocky Bru, Dato Ron, Another Brick. Nuraisa Samad, Kick de Fella, RPK , MIM, Marina Mahathir, Kadir Jasin dan ramai lagi, Kebanyakan mereka ini menulis dalam bahasa Inggeris. Portal yang hebat ketika iaitu ialah Mykmu jika tak silap
Penulisan mereka banyak mempengaruhi suasana politik ketika itu, malah lebih hebat setelah Pak Lah mengambil alih pucuk pimpinan negara.
Terus terang TM menyatakan, penulisan mereka cukup pedas, cukup berani dan kadangkala ada juga yang melucukan terutama cerita yang terdapat dalam blog Antic Hussin Lempoyang dan Aspan Alias. Kadangkala menakutkan juga. Dato Zaini Hassan dalam penulisannya di Utusan mengakui kehebatan bloggers dan mampu menterbalikkan sesebuah negara jika bloggers berpaling tadah,
Pun begitu selepas PRU 12 selesai dan menyaksikan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Senario blogging telah mula mengambil tempat.
Bermula kebangkitan Tun Mahathir dalam ceramah-ceramahnya mengupas punca kekalahan BN dan saranan beliau menyeru agar lebih banyak blog dibangunkan oleh pro kerajaan. Ia disambut baik oleh mereka di bawah.
Google telah menyediakan tapak yang mudah untuk agenda ini. Untuk berblog ia tidak lagi menjadi satu yang menyusahkan seperti zaman Geocity dalam Yahoo yang memerlukan pengguna memuat turun tool yang mengambil masa yang lama. Pembina laman web ketika itu juga perlu belajar asas-asas html.
Kini selepas 3 tahun PRU , sudah terdapat banyak blog-blog politik oleh generasi muda yang memenuhi dunia maya.
Blog TM, GAP, AIDC, Penyair Gunung, Sahabat gunung, Sekupang dua, Pisau. Roshatika , PK, Infor Corner, RBF, Gomo, Pejuang Bangsa, Panglima Cyber, Abg Tuah, telah mula berkarya dan kami adalah seangkatan atau batch 2008 atau sebelum nya
Tm buat pertama kali turun dalam PRK Permatang Pauh dan pada ketika itu turun pun hanya untuk berkenal mesra dengan beberapa blogger di Pulau Pinang ketika itu. Itulah kali pertama TM mengenail MIM dan blogger Empayar Pemuda.
Tidak lama selepas itu hasil networking beberapa blogger yang berlesen ' L' ini tertubuhlah satu pasukan yang diberi nama Bloggers Pembela Negara atau nama ringkasnya BPN.
Tugasan pertama bloggers BPN ialah dalam PRK Bukit Gantang di mana YB DS Nizar Jamaluddin bertanding menentang Ismail Saffian dari BN. Kami sama-sama berganding bahu untuk kempan BN ketika itu. Antara yang turun ialah PK, RBF, Komeng, TM, Pisau, Sahabat Gunung dan lain-lain yang datang sehari dua tetapi tak sempat jumpa pun, antaranya ialah Roshatika, Apai Ngelai, Sekupang dua Medan Info dll..
Sewaktu ini blogger ini masih lagi pada peringkat primitif kerana tiada kemahiran dan tidak tempat dalam agenda jentera pilihanraya.
TM masih ingat sewaktu mencari bahan dipejabat Umno Bukit Gantang, ada orang bertanya, " buat apa kat sini, awak siapa? "Itu dulu sekarang tengok saja muka TM depa dah tahu apa tujuan , tak payah tanya lagi dah.
Kami juga ketika itu berhutang budi dengan YB Dato Hamidah Othman kerana sudi membenarkan kami berpangkalan di bilik Gerakan Wanita Umno Malaysia sepanjang kempen berjalan.
Peranan blogger semakin mendapat perhatian pemimpin Umno dan bloggers telah mula dijemput untuk sesi penerangan isu-isi semasa. Bermula disinilah networking bloggers semakin membesar jaringannya, rakan-rakan bloggers yang selama ini hanya kenal melalui hasil karya mereka kini dapat bersua muka dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan.
Begitulah hebatnya bloggers pembela negara. Hari ini BPN semakin hilang bisanya dan ramai blog sudah membuang logo BPN termasuklah TM sendiri. Mengapa terjadi begini?
Jawapannya mudah, ia kerana jawatankuasa penaja tidak mencapai kata sepakat. Mesyuarat hanya dibuat melalui sidang maya sahaja dan bukan secara berdepan.
TM pernah mengusulkan bahwa BPN adalah pentas yang baik untuk blogger bersatu dan perlu didaftar dengan ROS. Buat AGM setahun sekali atau dua tahun sekali. Oleh itu barulah kita dapat menjaga kebajikan bloggers yang ada. Sekiranya ada dermawan yang sudi untuk membantu para penulis ini, wang dapat disalurkan kepada BPN dengan cara yang sah, melalui akaun pertubuhan. Maka tidak timbul isu blogger kena jual nama mereka oleh individu-individu tertentu. Ini kenyataan dan ianya berlaku.
TM menyeru kepada Panglima Cyber agar yang dilantik sebagai YDP dapat memanggil semua AJK yang telah dilantik dahulu untuk duduk semeja dan berbincang untuk memperkasakan kembali BPN.
Pada tahun 2009 selepas pemilihan MT Umno, wujud pula Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia yang diterajui oleh Tun Faisal Ismail Exco Pemuda Umno Malaysia.
Dengan penubuhan UMB bermulalah era baru dalam dunia maya. satu lagi entiti selepas BPN. UMB pada mulanya yang TM kenal ialah semasa program di Melaka dan beberapa program lain, yang terbaru semasa berada ke Janda Baik.
UMB dapat berkalaborasi dengan bloggers otai atau eletis (pinjam dari papa gomo) tahun lepas dimana My Angger, Antic dan OutSyed the box telah menjadi panel dalam satu pembentangan mereka.
Di Janda Baik pula Panglima Cyber dan blogger Anak Bukit Gantang telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja merka dalam program Umno Malaysia yang dikendalikan oleh UMB.
Ia satu gabungan yang baik. UMB juga kerap turun ke negeri-negeri untuk melatih lebih ramai pejuang maya dan antara hasilnya ialah Wan Motor dari Melaka yang menjadi Fasilitator di Janda Baik tempoh hari.
Cuma yang agak tenggelam dan tak timbul-timbul ialah Gempita. Hanya berjaya mengadakan dua program sahaja sepanjang penubuhannya. Pertama di Janda Baik dan kedua di PWTC. Selepas itu tak dengar lagi. Begitu juga dengan ProWaris juga nampak kurang berfungsi hari ini, tidak seperti isu jejantas MR2 dahulu.
Teringat juga tentang KMU yang berpecah dan kemudian wujud pula Mykmu. Akan datang tak tau apa pula yang akan berlaku kepada mereka.
Nak jadi cerita pula sejak PRU 2008 yang genap 3 tahun hari ini , banyak pula Pilihan Raya Kecil dan yang terakhir ialah Kerdau dan Merlimau. Sejak sistem Command Center diperkenalkan oleh Umno, UMB di bawah Tun Faisal telah memonopoli sepenuhnya sistem kerja media maya ini.
TM dapat duduk bersama UMB di PRK Permatang Pasir dan Bagan Pinang. ternyata UMB tidak mampu bersendirian dalam peperangan cyber dan memerlukan berkerjasama dengan bloggers lain. Di Galas TM hanya pergi sehari sahaja dan hanya sempat jenguk sekejap bilik UMB walau tidak dijemput masuk pada awalnya. Terima kasih kepada EA yang mempelawa TM masuk sebelum balik ke Taiping.
Di Hulu Selangor TM pergi tetapi setakat duduk diluar dan lepak dikedai mamak sahaja untuk berblog. Namum dengan bantuan networking FB dan Twitter TM melaporkan berita seolah-olah berada di sana,
PRK Merlimau dan Kerdau pada mulanya berhajat untuk ke sana tetapi setelah menerima berita-berita yang tak sedap didengar, TM mengambil keputusan untuk tidak ke sana . Tak sangka pula esoknya cerita meletop dalam blog Flying Kick. Hari ini isu UMB dan Tun Faisal menjadi panas dalam beberapa blog.
Disini TM ingin mengambil peluang untuk meredakan keadaan. UMB dan Tun Faisal perlu menjadi Monitor diperingkat atas sahaja. Kerja-kerja di bawah biarlah diempowerkan kepada peringkat negeri.
Contohnya di Pulau Pinang , serahkan tugas kepada UMB Penang. Melaka biarlah Melaka yang kendalikan. UMB Pusat hanya melihat apakah keperluan dan hulurkan bantuan apa yang dikehendaki diperingkat negeri.Dengan itu tidak ada satu pihak yang memonopolikan semua hal dan semua perkara,
UMB Pusat biarlah setakat melatih tentera-tentera cyber pemuda sahaja. Tak payah nak control bloggers otai-otai yang disebut sebagai elitis tadi dan juga tak perlu nak kontrol serba serbi di CC.
TM dalam kategori old timer dan pernah hadir dalam program-program UMB tetapi biarlah setakat berkongsi ilmu. UMB memang hebat kerana mempunyai ramai pakar-pakar dalamnya dan terima kasih kerana banyak membantu TM. Antaranya yang banyak membantu TM ialah Rio, Razman, Gidi, Ir dan ramai lagi yang membantu re-twit dan re- FB apa juga yang TM blogkan.
Cuma TM merasakan UMB kena fokus semula peranan mereka, lihat balik visi dan misi penubuhan, elakkan kontroversi dan monopoli.
Begitu juga dengan BPN, jika tak mahu hidupkan dan ditiupkan roh baru, TM akan berusaha dengan beberapa orang bloggers lagi untuk menubuhkan satu pertubuhan baru yang menggunakan nama lain.
TM hanya memerlukan 7 orang sahaja untuk menjadi AJK penaja, seorang Peguam telah menyatakan kesediaannya untuk membantu menyiapkan perlembagaan dan menjadi pemegang amanah kepada pertubuhan blogger ini.
Bagaimana pun kita bagi peluang kepada Panglima Perang Cyber yang kita lantik sebagai YDP Penaja 2008 dalu untuk memulakannya.
Jika beliau tidak berminat kita boleh bincangkan untuk menubuhkan satu pertubuhan yang sah. Oleh itu tidak akan timbul lagi nama-nama blogger dijual oleh pihak lain untuk kepentingan peribadi.
Selanjutnya TM ingin menceritakan bahawa TM terlibat juga dengan jawatan kuasa Portal Umno Perak dan ternyata portal tersebut juga menghadapi masalah pengendalian.
24 portal bahagian yang dibuat cukup cantik tetapi akhirnya tidak ada orang yang akan mengendalikan diperingakat pusat. Ia diserahkan 100% kepada 24 bahagian Umno , sedangkan mereka tidak mendapat latihan yang cukup untuk menguruskan portal tersebut.
Tak apa lah Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin, Pengerusi Media Umno Perak yang selalu menyuarakan rasa risau dan kurang senang dengan kemajuan Media Baru Umno Perak, selepas selesai Persidangan Umno Bahagian nanti kita pikirkan apakah tindakan yang akan dibuat terhadap portal tersebut. Kalau tak mampu berubah kita tutup sahaja. buat apa habis duit bayar server tetapi menjadi gajah putih.
Dalam pada itu TM juga terlibat dengan Portal Perak Today. Kini portal yang berskala kecil itu tak mampu lagi menerima kunjungan yang melebihi 5 ribu pengunjung setiap hari dan menyebabkan server bermasalah. Insyallah usaha penambahbaikkan sedang dijalankan. Portal ini kini menjadi
benchmark kepada negeri Perak dan menarik perhatian Unit Media Baru PBB Sarawak.
TM pernah dihubungi beberapa kali oleh UMB PBB untuk mendapatkan khidmat bantu dan menjadi mentor dalam membangunkan media di negeri Sarawak dalam menghadapi pilihanraya negeri. Dalam lawatan TM ke Kuching pada Oktober lalu, perbincangan diteruskan dan sampai kini senyap begitu sahaja. Yang TM dapat tahu ialah UMB di bawah Tun Faisal Ismail telah turun ke sana untuk memberi latihan kepada UMB Sarawak beberapa minggu lalu.
Nak buat macam mana, nadai hal lah kata orang Iban. Tahniah juga lah kepada UMB TF kerana berjaya melatih pasukan UMB PBB. Semoga berjaya lah dalam PR Negeri yang bakal menjelang.
TM juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan bloggers yang selalu menghantar maklumat melalui BB, email, FB dan twitter. terima kasih juga kepada Cute Teddy Bear (Tai) Armand Perkasa , Umno Kuala Selangor, Papa Gomo, Ore Oyabun, Lokman Adam, AIDC, Azmy Awang Kelana jaya. Lias Marzuki , Othman Mohamad Perkasa LMS, Ketua Wirawati Perkasa , JASA, Serikandi 7 (Umi Hafilda ) dan ramai lagi yang banyak menyalurkan maklumat kepada TM untuk berkarya.
Sekian.