Lapangan terbang Kuching dari udara hanyalah seperti kotak mancis, bila mendarat terkedu sebentar. Tiada hawa dingin , bangunan hanyalah di perbuat daripada papan sahaja. Masih tebayang wajah Bujang Taha juara bina badan negara yang bertugas di airport Kuching ketika itu. (Masih ada lagikah Bujang Taha )
In 2005 (if the figures could be believed), 3.35 million passengers passed through Kuching International Airport, including myself. There were 39,430 landings and take-offs, and 28,406 metric tonnes of cargo were also transported via Kuching International Airport.
Lebih memeranjatkan apabila kelihatan seorang apai mengepit seekor ayam sedang bersiap untuk menaiki sebuah kapal terbang kecil jenis BN2. Kini lapangan terbang sudah 3 kali berubah wajah. Cukup hebat dan cukup selesa, semuanya dibawah Taib Mahmud.
Setelah meninggalkan lapangan terbang yang kono dan daif perjalanan seterusnya ialah bandar Kuching. Hotel yang ok dan selesa waktu itu dan berpatutan ialah hotel Arora bersebelahan Padang Merdeka. Kini hotel tersebut sudah digantikan dengan Hotel Merdeka yang serba canggih. Kini jika ke Kuching, naik pening nak pilih hotel, semuanya hebat dan menarik hati. Hotel terbaru ialah Hotel Pullman cukup moden dan selesa.
Pada tahun 70an Electra House yang terletak ditengah-tengah bandar Kuching adalah satu-satunya komplek perniagaan moden yang menjadi kemegahan penduduk setempat. Kini tak terkira jumlahnya.
Waktu itu kereta yang banyak berlegar dipusat bandaraya Kuching ialah kereta-kereta Jepun yang dibawa masuk terus ke bumi kenyalang. Kebanyakan kereta adalah model 50an dan 60an. Amat sedikit untuk melihat kereta baru yang canggih-canggih. Jika ada pun ialah model Toyota Celica yang dimilik anak-anak orang kaya.
Taman perumahan pun tak banyak ketika itu, kebanyakan disekitar atau berhampiran pusat bandar seperti di Rubber Road,Grean Road dan yang berhampiran.
Seberang Sungai Sarawak pula majority penduduknya ialah orang Melayu dan kebanyakan rumah dibuat daripada papan dan yang menarik sekali untuk bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain kita perlu berjalan diatas titi papan. tetapi kini semua itu sudah tiada lagi, semua sudah berturap dengan tar.
Pengalaman menaiki bas ke Sarikei dan bot ke Sibu juga satu pengalaman yang sangat menarik. Ketika itu tidak ada bas ekspress seperti hari ini. Walaupun penerbangan Kuching -Sibu dengan pesawat Fokker hanya RM 45 sehala tetapi TM dan rakan mengambil keputusan untuk menggunakan jalan darat.
Bermula dengan menaiki bas ekspress Kuching ke Serian dengan tambang RM4 perjalanan mengambil masa hampir sejam. Jalannya baik dan berturap.
Perjalannan seterusnya ialah ke Sri Aman jaraknya lebih kurang 130 km. Tak ada bas ekpress tetapi bas lompat. Jalan mak datok! batu seketul seketul atas jalan, Jalan tanah merah tak berturap, Melambung-lambung dalam bas. Tiba di Simanggang hari sudah gelap. yang ada dan masih beroperasi ialah market cina. Jalan dalam pekan Simanggang tidak berturap, Hari ini cuba pergi ke Sri Aman, jalan berturap dan bandar pun dah cantik.
Nasib baik lah ada satu gerai di Kampung Hulu masih mahu masakkan nasi dan lauk , jika tidak tidur dengan lagu keroncong lah. Malam tu nasib baik jugalah ada Rest House kerajaan tak jauh dari Pejabat Daerah. Selesalah tidur malam tu sebelum meneruskan pengembaraan esoknya. Esoknya sempat juga tengok benak memukul pantai bandar Simanggang.
Perjalanan seterusnya ialah Simanggang ke Saratok juga lebih kurang 130km dengan jalan darat. Pengalaman menaiki bas cukup menyeronok, ayam atau manok dan anak babi pun boleh naik sama. Kebanyakan penumpang yang turun naik ialah kaum Iban.Setiba saja di Seratok kena beli shampoo untuk cuci rambut yang sudah kelihatan merah kena debu jalan.
Dalam perjalanan bila berjumpa dengan kereta persendirian, kebanyakannya memasang jaring pada cermin hadapan. tayar punya jenis rally. siap dengan lampu sorot dan untuk berjumpa sebuah kereta pun amat susah.
Syukur, dibawah pentadbiran BN, Sarawak telah banyak berubah dan bertambah maju dari hari ke hari
Akan datang pengalaman mengembara dari Seratok ke Sarikei dan Sibu - Bintulu , Kapit, Belaga dan Miri