Jumaat, 6 Mei 2011

Ada peguam pun tak reti urus masalah


MOHAR Mohamed Ali dan ibunya, Rani Rahmah menunjukkan laporan polis   dan gambar anaknya yang ditahan di Balai Polis Rawang, semalam.
Wanita dakwa ditipu anggota penguat kuasa

Peguam Hangit,awal-awal dan kutuk polis dah la bahasa inggeris teruk, anak Pas atau Pkr.
PETALING JAYA: Seorang ibu mendakwa ditipu sebanyak RM13,000 oleh anggota polis yang menahan dua anaknya yang dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal dengan alasan wang itu adalah bagi menjamin anak-anaknya.
Rani Rahmah Ismail, 59, berkata kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd Rafe, 20, ditahan pada 8 Mac lalu di kediaman mereka di Batu Caves, Gombak.
"Seramai enam anggota polis mendakwa anak saya perlu ditahan untuk membantu siasatan tapi tidak memberitahu untuk kes apa," katanya kepada pemberita di pejabat peguam di sini, semalam.

Beliau berkata, dua minggu selepas anak-anaknya ditahan, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai anggota polis yang menahan kedua-dua anaknya dan meminta wang RM30,000 sebagai wang jaminan untuk membebaskan anak-anaknya.

"Masa mereka meminta RM30,000, saya mengatakan tidak mampu untuk membayar. Tiga hari selepas itu mereka telefon lagi dan meminta hanya RM13,000 dan seminggu selepas itu saya memberikan wang itu melalui akaun bank," katanya.

Rani Rahmah berkata, selepas wang dimasukkan ke dalam bank, anggota polis terbabit meminta supaya beliau datang ke Balai Polis Rawang untuk membawa pulang anak-anaknya.
Namun, di balai polis berkenaan, anggota di situ menafikan bahawa anaknya dibebaskan.

"Sehingga hari ini, anak saya masih juga tidak dibebaskan walaupun wang sudah diserahkan," katanya.

Seorang lagi ibu yang anaknya turut ditahan kerana kes yang sama, Maznah Yusof, 41, berkata beliau juga mendapat panggilan yang sama namun tidak melayannya.

Peguam bela bagi kedua-dua lelaki yang ditahan itu, Fadiah Nadwa Fikri berkata beliau menganggap perkara itu sebagai satu kegiatan rasuah di kalangan anggota polis dan akan memberi masa 24 jam kepada pihak polis untuk membebaskan kedua-dua anak guamnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asistan Komisioner Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai kejadian itu, namun akan membuat siasatan lanjut. – BERNAMA