Khamis, 5 Mei 2011

Fitnah terbaru Dap canang



Zambry dan Noh Omar

“Jangan tabur fitnah murahan keatas Kementerian Pertanian.”

Demikian tegas Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar menyelar tindakan Dap Perak yang sengaja menabur fitnah keatas kementerian itu berkaitan isu ‘Perkhidmatan Pengesanan Kapal’ atau VTS kepada nelayan

Jelas beliau, Dap sebelum ini sengaja menghasut rakyat dengan menyatakan seolah-olah kerajaan sedang mengikis wang nelayan dengan perlaksanaan sistem itu.

“Kita belum pun lagi bentangkan cadangan itu kepada kabinet… jadi mengapa mereka yang sibuk bersuara.

“Cadangan itu masih di peringkat kajian dan ia belum dilaksanakan lagi… bagi saya tuduhan mereka ini satu helah murahan Dap Perak.

Jelas Noh lagi, tindakan parti pembangkang itu juga dilihat sebagai satu usaha yang sengaja digembar-gemburkan bagi menghasut rakyat untuk membenci dasar kerajaan.

Malah tambah beliau, Dap Perak juga dikatakan telah mengadakan satu perjumpaan di Pantai Remis semata-mata untuk memburukkan kerajaan yang selama ini tidak pernah membelakangi kaum nelayan di negeri itu.

“Mereka ini sengaja menimbulkan perasaan benci dikalangan nelayan tidak kira sama ada di Zon A atau di Zon B dengan menggunakan fitnah murahan itu.

“Dan isu ini pun telah diperjelaskan oleh Timbalan Menteri Pertanian di kabinet dimana kementerian sedang mencari satu pendekatan yang ‘win-win situation’ dan ia masih diperingkat kajian… belum pun dilaksanakan lagi.

“Jadi saya minta supaya Dap Perak menghentikan tuduhan palsu dengan niat menghasut rakyat menentang dan membenci kerajaan Barisan Nasional.

Jelas Noh, sebelum ini berlaku pertelingkahan diantara nelayan dimana nelayan di Zon B dikatakan telah memasuki kawasan yang dikhas untuk nelayan Zon A.

Selain itu, nelayan di Zon B juga telah menggesa kerajaan supaya membenarkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan buruh asing.

Namun bagi menyelesaikan kemelut itu tambah Noh, kementerian itu telah mencadangkan kerajaan pusat supaya membenarkan nelayan di Zon B menggunakan perkhidmatan buruh asing sekiranya mereka bersetuju untuk meletakkan sistem VTS di kapal masing-masing.
 
Sumber : Perak Today