Ahad, 1 Mei 2011

PAS GRAB THE LAND IN KELANTAN




Oleh Kaizer Daris

GUA MUSANG- Selepas penyelewengan Ladang Rakyat, kerajaan Pas Kelantan kali ini bertindak zalim dengan merampas tanah hak milik peneroka pula dengan menyerahkan geran tanah kepada pihak lain.

Kali ini mangsanya ialah peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Gua Musang dan mereka telah mengusahakan tanaman getah itu sejak 20 tahun lalu.

Lebih menghairankan pihak Kesedar telah membuat bayaran cukai premium tanah, namun tanpa memikirkan nasib lebih 100 peneroka yang akan hilang pendapatan mereka dan menjadi miskin akibat perbuatan menyerahkan geran kepada pihak lain itu, kerajaan Pas yang keras hati itu tetap mahu menzalimi rakyat yang miskin. Justeru lebih 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, mengadakan piket secara aman bagi membantah tindakan Kerajaan Pas Kelantani merampas tanah mereka dan mengeluarkan geran hak milik kepada orang lain, pukul 6 petang semalam.



Piket selama hampir sejam itu di kawasan kebun getah mereka seluas 479 hektar untuk menghalang daripada pemilik geran terbabit memasuki ladang berkenaan dan bimbang akan kehilangan pendapatan hasil ladang.

Malah, peneroka RKT itu juga menjelaskan mereka akan mempertahan haknya untuk mendapatkan milik tanah terbabit berikutan pengurusan Kesedar sudah menyerahkan kepada mereka sejak tahun 1995.

Ketua Peneroka RKT Kesedar Jeram Tekoh, Abdul Aziz Mohamad berkata, kerajaan negeri pimpinan ulamak itu sebenarnya tidak ada perikemanusiaan apabila merampas tanah peneroka Kesedar dan dikeluarkan geran hak milik kepada orang lain dari luar rancangan berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini sudah 26 individu tertentu termasuk dari Jajahan Tumpat memiliki gerah tanah terbabit dan kerajaan negeri dalam proses mengeluarkan 30 geran lagi termasuk 10 dalam masa terdekat ini. "Keadaan itu menyebabkan pemilik geran berkenaan menyerbu ke kawasan ladang getah milik peneroka Kesedar itu walaupun tidak mengetahui kawasan sempadannya," katanya kepada media semasa perhimpunan itu.

Abdul Aziz berkata, peneroka Kesedar berkenaan mempunyai hak keatas tanah ladang getah berkenaan yang diagihkan pengurusan Kesedar sejak hampir 20 tahun lalu dan hairan dengan sikap kerajaan negeri yang mengeluarkan geran hak milik kepada orang yang tidak ada kaitan.

Katanya, tanah ladang getah itu juga sudah dibayar premiun tanah oleh Kesedar sejak beberapa tahun lalu, namun masih menganggap tanah berkenaan milik kerajaan negeri.

"Kita tidak akan menyerah secara mudah tanah ladang getah itu kepada orang yang menerima geran hak milik kerana mereka bukan dikalangan peneroka RKT Kesedar terbabit," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kesedar, Mohd Arshad Ismail, menjelaskan, memang wajar bagi peneroka terbabit mempertahankan tanah ladang getah mereka daripada dirampas orang lain yang mendapat geran hak milik itu.

"Kita sudah menjelaskan premiun tanah berkenaan hampir setengah juta ringgit sejak beberapa tahun lalu selepas diarahkan kerajaan negeri berbuat demikian untuk mendapat hak milik.

"Tetapi, kita hairan dengan sikap kerajaan negeri itu yang masih menganggap tanah dimajukan Kesedar dengan ladang getah berkenaan miliknya dan mengeluarkan geran hak milik pula kepada orang dari luar rancangan tanah Kesedar," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti perkara itu sebelum menyerahkan laporan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk diambil tindakan lanjut," katanya.

--KELATEKITO.NET