Ahad, 1 Mei 2011

Selagi ada mufti, habis kena jual nama oleh Anwar Ibrahim



Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan supaya Anwar Ibrahim wajib bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.


"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhan kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda.

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan kes yang memalukan itu diselesai segera.

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu adalah palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu perlu dilakukan bagi menyatakan kebenaran kepada masyarakat setelah rundingan gagal dilakukan.


Menurut Dr Juanda ada surah yang boleh kita buat rujukan iaitu:

Surah Ali ‘Imran (Juzuk 3) Ayat 59 – 62
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia) maka jadilah dia.
(Apa yang telah kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Surah di atas jelas Islam membenarkan kita bermubahalah kepada Allah ke atas perbuatan yang tidak boleh dibuktikan secara fizikal

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay juga boleh bersumpah jika dia fikirkan dia benar," katanya.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi.


Ada parti Islam tetapi hanya pada nama mengikut telunjuk orang kafir pun tidak guna, lebih baik buang terus nama Islam kerana ini mengelirukan kepada masyarakat Islam.- Pengundi Rapat Setia



KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu dakwaan terhadap seseorang individu, apatah lagi sekiranya berita itu disampaikan oleh golongan fasik, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.

“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat.

“(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.

Setakat ini, Dr Juanda adalah mufti terawal di Malaysia yang tampil menyatakan pendiriannya berhubung isu video seks palsu yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad turut mengikut jejak langkah yang sama.- Suara Keadilan


Rata rata penyokong PAS telah menolak sumpah yang dilakukan oleh Saiful, Eskay yang mana dikatakn tiada didalam Islam dan tidak mengikut syariat yang dibenarkan walaupun telah bersumpah dengan menggunakan nama nama Allah.

Pada hari ini Nik Aziz dan bersependapat dengan Mufti Perlis yang mana menyarankan dilakukan upacara sumpah dibuat oleh kedua belah pihak untuk menyatakan kebenaran.

Dato eskay telah pun melakukan nya didalam sebuah Masjid walaupun ditentang hebat oleh Penyokong PKR yang diketuai oleh Shamsul Ketot Kencing dalam Seluar yang bersembahyang dua Imam.





Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas mufti
SHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.

“Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini,” tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.

“Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.

“Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja,” ujar beliau.

Menurutnya dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut harus tampil mengemukakan empat saksi.

Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan.

“Sebenarnya banyak ayat Al quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya.

“Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu,” ujar beliau.

Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah.

“Rasullah kata kepadanya, “kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu”.

“Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi?

“Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan
kamu, ” ujar ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam.

“Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik),” ujar beliau.

Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat.

“Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita,” ujar beliau.

Sebelum ini, tiga mufti tampil menyeru umat Islam supaya tidak percaya atau terpengaruh berita yang disebar golongan yang dianggap ‘fasik’.

Mereka adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang diterima mereka.

Temubual penuh bersama Dato Hashim Yahya boleh dibaca di akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan yang dijangka akan berada di pasaran esok. - keadilandaily.com

Yang jelas ialah Anwar telah menjual nama Dr Juanda,Mufti Perlis dalam menegakkan benang basah beliau. Sila lihat kenyataan Mufti Perlis dalam Perak Today