TEMAN |
Kerajaan Perak akan mempelbagaikan fungsi Terminal Agri-Biz Negara (TEMAN) bagi membolehkan industri asas tani di negeri itu terus membangun.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu diambil selaras dengan usaha Kementerian Pertanian dimana untuk memastikan produk-produk pertanian di komersialkan dipasaran tempatan.
Jelas beliau, konsep lama Teman sebelum ini yang menggunakan aspek Pasar Borong kini dilihat tidak praktikal dan sebaliknya ia diubah kepada satu tema yang lebih sesuai dengan keperluan zaman.
“Kita mahu kewujudan Teman di Negeri Perak ini lebih praktikal dimana bukan sahaja mewujudkan jualan borong sebaliknya segala produk yang berasaskan pertanian.
“Selain itu kita lihat sekiranya konsep lama masih dikekalkan ia tidak akan memberi pulangan kos atau lebih mudah kita kata tidak berbaloi.
“Jadi kita ambil pendekatan baru supaya ia boleh dipelbagaikan dan sekaligus akan meberi faedah kepada pengeluar makanan.” terang Zambry selepas melawat Teman bersama-sama Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar.
Perubahan itu bagaimanapun disambut baik oleh Kementerian Pertanian dimana Teman selepas ini boleh dibangunkan dengan lebih aktif dan mampu menjadi contoh kepada pengeluaran produk makanan di negara ini.
“Teman boleh dijadikan sebagai salah satu destinasi Agro-Tourism dimana pelancong-pelancong boleh datang dan melihat rangkaian produk pertanian.
“ Kita mahu Teman terus dimajukan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memastikan sama ada pengunjung atau pengeluar dapat sama-sama merasai faedah nya.” katanya
Untuk membaca komen pembaca yang cukup panas sila klik di (SINI)