Sabtu, 11 Jun 2011

Azwandin Hamzah perlu tampil membela diri, jika perlu saman blogger The Flying Kick

AZWANDIN HAMZAH NI KUAT MENGENCING RUPA-RUPANYA!!!!

Cerita tentang Azwandin Hamzah, si bekas PKR yang sedang melobi untuk menjadi calon UMNO bagi DUN Bukit Antarabangsa ni sebenarnya sudah banyak kedengaran terutama sekali di Ampang. Dalam setiap cerita, hebat benar bunyi tentang dirinya, sama ada daripada ceritanya sendiri mahupun realiti sebenar cerita latar belakangnya.

Azwandin Hamzah adalah Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Banyak bercakap dan membidas Anwar Ibrahim. Banyak sangat kononnya tahu tentang Anwar Ibrahim. Sangat rapat kononnya dengan Anwar Ibrahim sampaikan segala cerita dalam kain Anwar, semuanya dia tahu.

Walhal, Azwandin Hamzah banyak tidak berlaku jujur dan amanah dengan kata-katanya sendiri!

TFK akan melakukan pendedahan besar tentang Azwandin Hamzah dan gelagat serta pembohongan-pembohongan yang dibuat untuk membesarkan dirinya selain menampakkan dia seperti seorang yang sangat penting.

Kerjaya awal orang yang kuat bercita-cita menjadi ADUN Bukit Antarabangsa serta suka sangat mengaitkan Mukhriz Mahathir dengan dirinya, kononnya dalam apa-apa hal Mukhriz akan memanggilnya untuk meminta pendapat, ialah pembantu di kedai buku milik seorang lelaki bernama Hadi. Walau bagaimanapun, temberang besarnya ialah, kedai buku tersebut adalah milik bapanya.

Bab tu nanti kita akan dedahkan kemudian!

Azwandin Hamzah perlu menjelaskan tentang RM200,000 duit 'bekas' kawan baiknya yang telah dikebas. Mendakwa dia pernah bekerja di IKD padahal Azwandin sekadar merempat dan menempel di IKD tanpa sebarang kerja, seharusnya Azwandin turut menjelaskan tentang 'misteri kehilangan' wang RM200,000 yang sepatutnya diserahkan kepada bekas kawan baiknya.

Dalam ceramah-ceramah yang kerap diberikan, kononnya dia adalah seorang jujur dan amanah tetapi berdasarkan maklumat serta bukti yang ada, Azwandin Hamzah sebenarnya tidak seperti yang diperkatakan.

Dan yang lebih penting selain RM200,000 yang dikebasnya, Azwandin juga seharusnya menerangkan tentang pertemuan-pertemuan sulitnya dengan Azmin Ali di beberapa lokasi rahsia, selain pembohongannya tentang banyak perkara lain....

Posting ini sekadar satu muqaddimah!!!